Datin Sofea Jane merupakan seniwati negara yang sangat terkenal pada era 90-an. Kejelitaan wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini menambah kepada popularitinya. Ramai yang benar-benar minat dengan Sofea Jane sehingga ke hari ini. Dia bukan sahaja jelita malah sangat berbakat dan mempunyai personaliti yang menarik. Antara filem popular yang pernah dibintanginya adalah ‘Hanyut’ dan ‘Perempuan, Isteri Dan…’. Sofea Jane juga turut aktif di dalam bidang teater pada era 20-an di mana dia memainkan pelbagai watak antaranya Natrah iaitu sebuah cerita yang dilhamkan daripada kisah benar.
Baca juga: PKP 3.0 Tidak Sama Dengan Sebelum Ini, Terdapat Perubahan Dari Segi SOP
Sofea Jane adalah antara artis yang dihormati dan dipandang tinggi. Dia telah menjadi inspirasi buat ramai. Malah, namanya pernah diabadikan di dalam sebuah lagu nyanyian Black Hanafiah yang bertajuk ‘Sofea Jane’. Sudah lama Sofea Jane tidak dilihat di kaca TV mahupun produksi-produksi tempatan. Hal ini mungkin juga kerana dia menetap di Melbourne buat beberapa tahun.
Oleh itu, penampilannya di dalam satu filem pendek atau iklan raya buat sebuah jenama tempatan iaitu Whimsigirl baru-baru ini mencuri tumpuan ramai. Wargamaya tidak menyangka akan kembali ‘melihat’ Sofea Jane yang bagaikan tidak dimamah usia. Nampak cantik dan awet muda je Sofea Jane.
View this post on Instagram
Menurut Nadirah Zakariya iaitu pengarah layar video berkenaan, dia telah menyimpan hasrat untuk bekerjasama dengan Sofea Jane sejak beberapa tahun. Ini merupakan satu peluang buat dirinya dan dia sangat berterima kasih kerana Sofea Jane sudi menerima lamarannya. “Thank you for sharing your beauty and grace with us!”, ujar Nadirah dalam ucapan khasnya buat Sofea Jane.

Antara yang turut mencuri perhatian wargamaya adalah Tok yang berada di dalam video tersebut. Tok dikatakan sudah mencecah usia 105 tahun namun dia masih sihat dan masih boleh menjadi salah satu bintang di dalam video berkenaan. Penampilan Tok mengundang rasa sayu wargamaya kerana kata mereka Tok mengingatkan mereka kepada nenek mereka, rindu rasa hati terhadap insan tersayang. Power betul Tok!

Video yang bertajuk Rasa Sayang itu benar-benar memberi impak kepada yang menonton. Selain visual yang cantik, lagu yang tepat dengan tema, mesej yang ingin disampaikan juga menyentuh perasaan. Rata-rata wargamaya kagum dengan hasilnya.

Walaupun raya tahun ini kita masih berperang dengan pandemik Covid-19 dan tidak dapat beraya dengan meriah, nukilan-nukilan hebat seperti ini sedikit sebanyak mewarnai hati kita.
Baca juga: “Cinta Hingga Hujung Nyawa” – Iklan Raya Rupanya Inspirasi Dari Kisah Benar, Tambah Sebak Penonton
Sumber: Whimsigirl , Nadirah Zakariya