Selepas pelakon kacak, Randy Pangalila selamat menimang cahaya mata pertama pada minggu lepas, kini rakan seperjuangannya juga, penyanyi, Irwansyah juga selamat menimang putera sulung selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Zaskia Sungkar.
Berita gembira ini dikongsikan bersama peminatnya menerusi laman YouTube dan juga Instagram. Malah, berita gembira ini bukan saja disambut baik dari keluarganya saja tapi peminatnya juga. Lihatlah, tidak sampai 12 jam video dimuat naik ke laman YouTube, sudah lebih 1 juta tontonan awam.

Pelantun lagu Pecinta Wanita itu juga meluahkan rasa syukur isteri dan anaknya selamat melihat dunia. Dia turut mengucapkan jutaan terima kasih buat rakan dan peminatnya yang tidak putus mendoakan keluarganya menerusi kapsyen posting Instagram miliknya.
Nama anaknya, Ukkasya Muhammad Syahki serta mendoakan agar anaknya terus sihat.

Tahniah Irwansyah! Semoga anak yang dididik menjadi soleh.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Isteri Irwansyah Kerap Minta Cerai Dalam 10 Tahun Perkahwinan
Isteri Hamil Anak Pertama Selepas 10 Tahun, Irwansyah Sediakan Lif Di Dalam Rumah
Sumber: instagram