Kool FM

Penemuan Mengejutkan Menara Aztec Dibina Menggunakan Tengkorak Manusia!

Ahli arkeologi telah menemui 119 tengkorak manusia di bahagian baru menara Aztec yang bertapak di bawah pusat Mexico City. Bahagian menara yang dibina menggunakan tengkorak manusia itu dianggarkan bermula sejak tahun 1400-an. Tak pasti mana satu yang lebih gila, sama ada menara yang dibina menggunakan tengkorak manusia atau tempoh ia dibina adalah sekitar 1400-an. 

Image via:https://www.republicworld.com/

Menara tersebut dikatakan terbahagi kepada tiga fasa pembinaan, dan dianggarkan berlaku di antara tahun 1486 dan 1502. Tengkorak-tengkorak itu kelihatan seperti disusun dalam bentuk seperti lingkaran dan bertindih antara satu sama lain. 

Lebih dari 600 tengkorak manusia telah ditemukan di lokasi tersebut, yang mana pihak berkuasa Mexico menamakan ia sebagai salah satu penemuan arkeologi terpenting di negara tersebut.

Temui Tengkorak Kepala Wanita Dan Kanak-Kanak

Pada bulan Mac, kumpulan pakar arkeologi tersebut terkejut apabila menemui sejumlah 119 tengkorak wanita, kanak-kanak dan lelaki pada bahagian depan dan timur menara tersebut. Jumlah itu telah menambah ratusan tengkorak yang ditemui sebelum ini, menurut Institut Antropologi dan Sejarah Nasional (INAH).

Image via:https://www.pinterest.com/

Hal ini tentunya mencetuskan persoalan tentang manusia yang dikorbankan semasa zaman Empayar Aztec. Sekitar abad ke-14 hingga abad ke-16, Aztec dikatakan menguasai sebahagian besar Mexico tengah sehinggalah kerajaan mereka digulingkan oleh penjajah Sepanyol yang diketuai oleh Hernán Cortés. Ibu kota mereka, Tenochtitlan ditawan pada tahun 1521. Selain itu, dilaporkan juga pembinaan menara tersebut adalah untuk menakutkan penjajah Sepanyol itu. 

Menurut pakar arkeologi, walaupun mereka tidak dapat mengatakan berapa banyak individu yang diambil tengkoraknya untuk pembinaan menara adalah para pahlawan, mungkin ada diantara tengkorak itu merupakan mereka yang menjadi tawanan yang ditakdirkan untuk upacara pengorbanan. Selain itu, terdapat juga kemungkinan korban-korban ini diubah menjadi hadiah untuk para dewa.

Image via:https://www.theatlantic.com/

Struktur menara yang berbentuk silinder ini kini berada di Katedral Metropolitan besar dan dibangun di atas Templo Mayor, salah satu kuil utama ibu kota Aztec Tenochtitlan, yang kini dikenali sebagai Mexico City moden.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Kisah Peristiwa ‘Gelap’ Pulau Jerejak Di Pulau Pinang

Tak Suka Tinggal Seorang Diri Di Pulau? Ini 8 Pulau Paling Misteri Di Dunia

 

 

 

Sumber daripada: Insider & Reuters

Exit mobile version