Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial Zarina Anjoulie Lovacah mengesahkan dirinya sudah bercerai buat kali kedua bersama Eilyas Azhar atau lebih mesra dikenali sebagai Yas. Menerusi pengemuman yang dilakukan Zarina yang lebih gemar disapa Anju yang dilakukan di Instagram miliknya pagi ini mengatakan disebabkan ramai yang bertanya status perkahwinan dirinya dan Yas.
Selepas memuat naik gambar menerima jambangan bunga pada 2 March 2021 lalu, Anju mengaku dia sudah pun rujuk semula dengan Yas. Bagaimanapun, selepas hampir dua bulan, hari ini 3 May 2021 Anju umumkan semula dirinya kembali bergelar janda.
Baca artikel menarik yang lain: “The Unproblematic Queen Is Cancel” – Tokti Dikecam Wargamaya Gara-Gara Majlis Tahnik



Perkongsian tersebut tidak mempunyai sebarang kapsyen dan Anju juga telah menutup ruangan komen Instagram untuk posting tersebut. Sementara itu, menerusi InstaStory, Anju turut memuat naik satu penulisan yang menyatakan dia sah bercerai kali kedua. Anju turut berkongsi kenyataan bahawa dia seakan lega sudah diceraikan dan meminta bekas suaminya itu memulangkan semula barangannya yang diberi oleh Anju kepadanya. Anju juga sempat menyebut tentang ‘sugar mummy’ namun tiada kepastian sama ada ia berkaitan dengan penceraiannya atau tidak.

Tambahnya lagi, suaminya kerap meminta cerai apabila mereka bergaduh. Dan lebih mengejutkan, Anju juga memberitahu bahawa dirinya sebelum ini tidak pernah merungut walaupun tidak dilayan seperti suami lain. Apapun, kita doakan segala urusan Anju dan Yas diselesaikan dengan cara baik.
Baca juga: Terus Cetus Kontroversi, Neelofa Rentas Negeri Lagi Ke Kedai Karpet?
Sumber: Instagram Zarina Anjoulie