Umum mengetahui kerajaan melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) iaitu program pemberian vaksin kepada rakyat Malaysia. Pembahagian vaksin di Malaysia ini adalah berperingkat mengikut faktor dan tahap risiko yang tinggi, serta dibahagikan mengikut fasa 1, fasa 2 dan fasa 3. Difahamkan, fasa 1 untuk mereka yang bekerja sebagai frontliners, fasa 2 untuk warga-warga emas, dan fasa ketiga melibatkan rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Depa dua katanya dapat vaksin dulu sebab golongan berisiko tinggi. Sila spam tweet ni dengan replies dan quotes gambar orang tersayang anda yang juga dari golongan berisiko/komorbiditi tapi belum dapat vaksin lagi. Silakan. Biar satu negara tahu. pic.twitter.com/fCdZjgrjIM
— InjangNasi (@InjangNation) May 27, 2021
Baru-baru ini, media sosial hangat membincangkan isu selebriti bernama Eina Azman, 26 tahun, bersama suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmet Hardeen, 42 tahun, yang dikatakan telah merentas negeri ke Ipoh, Perak bagi mendapatkan vaksin pada 25 Mei 2021. Hal ini telah mencetuskan kontroversi apabila netizen mulai mempersoalkan Eina seakan memotong barisan untuk di vaksin dek kerana fasa ketiga masih belum bermula ketika itu. Sejurus itu, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh membalas dakwaan Eina memotong barisan untuk mengambil vaksin pada 26 Mei 2021.
Baca juga:Cantiknya! Datin Eina Azman Kongsi Gambar Body Bikin Warganet Hilang Kata-Kata
Menerusi kenyataan rasmi berikut, Pengarah Hospital HRPB, Dr. Abdul Malek Bin Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suami ini adalah berdasarkan kepada rujukan doktor pakar yang katanya telah merawat pasangan ini atas masalah kesihatan dan komorbid. Tambahnya lagi, difahamkan tiada istilah ‘memotong barisan’ vaksin untuk pasangan ini dek kerana menurut doktor pakar, mereka mempunyai penyakit yang berisiko tinggi.

Meninjau di ruangan Twitter, seorang doktor pakar Nephrologist, Dr. Rafidah Abdullah mula mempertikaikan mengenai penyakit kronik yang dihadapi oleh Eina dan suami. Menurutnya, pasangan ini masing-masing masih berada dalam lingkungan umur yang dikategorikan ‘muda’ untuk mempunyai penyakit berisiko tinggi. Menerjah di ruangan balas ciapan tersebut, rata-rata daripada netizen turut mempersoalkan penyakit mereka dek kerana Eina dikenali sebagai seorang yang aktif bersenam dan menjaga badan.
Kepada Jabatan Netizen Negara yang saya hormati, nak minta tolong sikit.
Dengarnya ada artis dapat vaksin. Lepas tular, ada pulak surat alasan. Tapi pakar2 ada sikit suspek lah. Pelik muda2 ada mcm2 penyakit?
Boleh tolong kami tak.
Terima kasih?— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) May 27, 2021
Bagaimanapun, Eina telah pun mengeluarkan kenyataan di akaun Instaram miliknya bahawa dia memilih untuk ‘merahsiakan’ penyakit yang dialami dek kerana terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada orang ramai dan hanya untuk pengetahuan keluarga sahaja. Eina turut membuat permohonan maaf kepada orang ramai mengenai perkongsiannya di media sosial yang telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.
View this post on Instagram
“Saya sendiri mempunyai masalah kesihatan namun terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum dan hanya untuk pengetahuan keluarga sahaja” luah Eina Azman menerusi kapsyen.
Mungkin benar Eina dan suami menghadapi penyakit berisiko tinggi yang tidak dapat dikongsikan kepada orang ramai. Apa-apa pun, kami mendoakan agar Eina dan pasangan akan kembali sihat seperti sedia kala.
Baca juga: Persendakan Pakaian Tradisional Iban Seperti Kain Buruk’Netizen ‘Sekolahkan’ Ryzal Ibrahim
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Twitter