Pelik tapi benar! Masih ada lagi orang sebarkan berita palsu dan masih ramai lagi percaya akan berita-berita yang disebarkan melalui aplikasi pesanan mesej. Jika anda menerima satu berita aneh dan mungkin melibatkan diri anda atau keluarga, amatlah penting untuk anda memeriksa kesahihan mesej tersebut sebelum mempercayainya. Kisah sebuah keluarga di Britain ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat orang ramai.
Menurut laporan, keluarga ini tergamak meminum air kencing sendiri kerana percayakan mesej berantai yang diterima menerusi aplikasi WhatsApp. Kandungan mesej itu mendakwa bahawa air kencing dapat merawat penyakit Covid-19. Inilah yang terjadi dikalangan masyarakat kita di mana vaksin yang sudah dikaji tidak mahu percaya, namun mesej yang tiada awal pangkalnya pula dia percaya.
Berdasarkan laporan, ibu dan anak-anaknya telah mengamalkan minuman air kencing mereka sendiri itu selama empat hari berturut-turut kerana terlalu percayakan berita palsu itu. Si ibu berkata, dia mempercayai kesahihan mesej tersebut kerana ia dihantar oleh rakan-rakan dan ahli keluarga terdekatnya. Si ibu bagaimanapun merupakan seorang anti vaksin dan hanya percaya kepada kuasa penyembuhan rawatan tradisional kerana lebih tidak mahu membahayakan keluarganya.

Tambah laporan, si ibu kemudiannya memberitahu pegawai penyiasat dari Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat bahawa beberapa rakaman video yang diterimanya menceritakan tentang keberkesanan amalan minum air kencing setiap pagi sebagai ubat untuk menyembuhkan Covid-19. Si ibu juga memaklumkan untuk mendapatkan maklumat mengenai wabak Covid-19, dia hanya terima dan mempercayai mesej daripada rakan-rakannya sahaja.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pengawasan Kesihatan London Barat, Olivia Clymer, pihaknya baru mendapat maklumat tentang penyebaran mesej rawatan Covid-19 palsu yang tersebar melalui WhatsApp. Doktor-doktor di Britain telah mula memberi amaran kepada orang ramai agar tidak meniru kaedah rawatan palsu Covid-19 dengan menyedut wap yang juga disebarkan melalui WhatsApp sejak awal minggu lalu.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Sebelum Terima Vaksin COVID-19 Mei Ini, Ambil Tahu Prosedur
Sumber: Standard