Sudah 2 tahun kita berperang dengan wabak pandemik Covid-19. Pelbagai SOP telah dilaksanakan malah Perintah Kawalan Pergerakan sudah beberapa kali dikuatkuasakan di negara ini dalam tempoh 2 tahun ini. Bermacam-macam peraturan telah ditetapkan dalam menangani wabak ini. Namun, angka kes hari ini masih meningkat dengan catatan kes tertinggi yang baru saban hari.
Selama 2 tahun ini juga, macam-macam yang diperkatakan. Setiap hari ada sahaja isu baru yang tular di media sosial. Tidak kiralah cerita tentang menteri, artis, golongan kayangan atau rakyat marhaen semuanya menyumbang kepada isu-isu yang berbangkit. Dengan kebebasan bersuara yang kita peroleh hari ini, semua ingin bersuara.
Baca juga: Trauma Selepas Positif Covid-19, Nabila Huda Minta Jangan “Underestimate” Virus Ini
Terbaru seorang pengacara dan pelakon, Uyaina Arsyad, mencipta sebuah nukilan khas yang bertajuk “PKP Lagi Dan Lagi”. Nukilan Uyaina ini pada mulanya dikongsikan di TikTok milik Uyaina sendiri sebelum ianya dihantar ke sebuah rancangan televisyen. Hasilnya, ramai yang meminta supaya Uyaina berkongsikan kembali video tersebut di laman Instagram.
View this post on Instagram
Bait kata yang digunakan Uyaina mencuri hati ramai sehingga video itu turut dikongsikan oleh orang ramai. Ternyata mesej yang ingin disampaikan melalui nukilannya itu sampai kepada yang menonton dan mendengar. Menerusi nukilan tersebut, Uyaina meminta supaya rakyat Malaysia berhenti dari menuding jari kepada sesiapa. Hal ini adalah kerana, semakin hari kita semakin menyalahkan sesama sendiri sedangkan ini adalah masa untuk kita semua bersatu.
Uyaina tidak menyangkal memang ada yang bertindak pentingkan diri sendiri dan tidak patuh kepada arahan yang telah pun diberikan sehingga menimbulkan kemarahan orang lain. Namun, itu bukanlah penyebab untuk kita turut sama mengikut jejak langkah mereka dan tidak henti-henti mencari salah seseorang.
Menerusi ruangan balas posting tersebut, rata-rata wargamaya termasuklah rakan artis dari negara sendiri mahupun negara jiran bersetuju dengan mesej yang disampaikan melalui nukilan indah ini.

Memang betul intipati mesej yang disampaikan Uyaina ini. Sebaiknya dalam keadaan gawat ini sama-samalah kita membantu satu sama lain. Janganlah bertindak pentingkan diri sendiri dan hindarkanlah diri daripada sebarang kontroversi. Patuhlah kepada SOP walaupun kebanyakkan kita sudah terlalu penat tapi hanya inilah cara untuk kita lindung diri dan lindung semua. Apa pun, marilah kita terus berdoa agar wabak pandemik segera berakhir.
Baca juga: Iman Troye Tutup Akaun Twitter Selepas Dikecam Persenda Kes Covid-19
Sumber: Uyaina Arshad