Kool FM

PU Azman Berkongsi Cara Mudah Untuk Menunaikan Solat Sunat Terawih Di Rumah

Bulan Ramadan bakal menjelma tiba, mesti ada di antara kita yang semangat nak tunaikan solat terawih di masjid. Namun, oleh kerana negara kita sedang melanda Covid-19, jumlah jemaah yang boleh hadir ke masjid dan surau juga dikurangkan kapasitinya dek kerana perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP). Walaupun begitu, solat terawih juga boleh dilakukan bersama keluarga di rumah. Baru-baru ini, Pencetus Umah (PU) Azman atau mesra dipanggil Cik Man berkongsi cara mudah untuk menunaikan solat terawih di rumah menerusi akaun Tiktokya. Perkongsian yang ringkas dan jelas itu mendapat perhatian wargamaya dan rata-rata daripada mereka berterima kasih kepada PU Azman di atas perkongsian yang sangat menarik itu.

@puazmanBagi siapa yang terpaksa terawih seorang diri di rumah. Atau menjadi imam di rumah.♬ bunyi asal – PU Azman (Cik Man)

 

Melalui video pendek itu, Cik Man berkongsi ilmu bahawa solat terawih boleh dilakukan secara ringkas tapi masih padat pengisiannya. Antara isi perkongsiannya adalah mengenai surah-surah yang boleh dibaca. Menurut Cik Man, selepas membaca surah Al-Fatihah, kita boleh untuk tidak membaca surah ataupun boleh juga membaca surah yang sama. Cik Man turut berkata tiada bacaan wajib sebelum dan selepas solat terawih. Misalnya seperti tak ada zikir, selawat dan doa yang wajib untuk dibaca apabila menunaikan solat sunat terawih ini. Menurutnya, perkara yang paling utama adalah niat solat terawih meskipun berseorangan.

Baca juga: “Tersedak Saya!” – Netizen Terhibur Baca Komen Pu Azman Pada Gambar Lee Dong Wook

Menurut Cik Man, tujuan beliau berkongsi ilmu mengenai solat sunat terawih yang ringkas ini bukanlah untuk meremehkan solat terawih malah untuk menyeru umat-umat Islam menunaikan solat sunat terawih terutamanya bagi mereka yang tidak menghafal bacaan solat yang sunat. Selain itu, Cik Man turut berkata bahawa kita boleh memegang Al-Quran, handset ataupun meletakkan Al-Quran di stand  ketika menunaikan solat terawih. Wah, tiada lagi alasan tak ingat ayat surah ataupun tersangkut bacaan semasa solat. Mudahnya nak beribadah.

Syukur ada penerangan mengenai solat sunat terawih yang ringkas namun masih kekal sempurna dan sah. Terima kasih Cik Man! Semoga ramadan tahun ini memberi makna indah dalam hidup kita semua. Salam Ramadan..

Baca juga: Isu Campur Pakaian Suami & Anak Satu Mesin Basuh, PU Azman Tampil Beri Penjelasan

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Tiktok PU Azman 

Exit mobile version