Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Puasa Makes The Food Tastes Better..” – Anak Diana Danielle, Muhamad Lebih Menghargai Makanan Di Bulan Ramadan

today16 April 2021

Background

Siapa tak kenal dengan pasangan pelakon hebat Diana Danielle dan Farid Kamil? Mereka merupakan pasangan yang bahagia dan perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Muhamad dan Aurora.

Anak sulung mereka iaitu Muhamad atau lebih mesra dipanggil Che Mad yang kini sudahpun menginjak ke umur 8 tahun dilihat bijak dan kini membesar dengan kacak.

Baca juga: “Beli Hadiah Kereta Mewah Seperti Beli Coklat” – Netizen Pula Yang Terkejut Dengan Surprise Ardell Dan Nadzmi

Melalui posting Diana Danielle di Instagram story, dia merakam anaknya ketika sedang berbuka puasa dan apa yang anaknya katakan begitu menarik perhatian.

Di dalam video yang dikongsikan tersebut, Che Mad yang sedang menikmati juadah berbuka berkata kepada ibunya bahawa dia pelik tetapi makanan rasa lebih sedap setiap kali berbuka puasa.

“It’s weird. Bila berbuka puasa it’s like your taste bud change to make the food tastes more good..”

Pernah tak anda mempunyai fikiran yang begini? Bila difikirkan memang betul kata Che Mad, makanan terasa lebih sedap ketika berbuka.

Hal ini mungkin adalah kerana kita lebih menghargai makanan yang ada selepas seharian berpuasa. Tentu saja rasa lebih sedap dan nikmat bila kita tahu menghargai sesuatu bahkan sebutir nasi pun.

Kemudian, Diana Danielle yang mendengarkan kata-kata anaknya itu tergelak kecil. Seorang anak yang pintar Che Mad ni. Baru 8 tahun dah nampak ciri-ciri kematangan dalam diri.

Semoga anak sulung kepada Diana dan Farid ini membesar menjadi anak yang soleh dan sentiasa tahu menghargai sesuatu.

Baca juga: “Outside You Are Fine, Inside You Are Comatose..” – Diana Danielle Mengaku Burnout Sehingga Dikatakan Malas

Sumber: Diana Danielle

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Gaya Hidup

Pakai Sandal Masuk Butik Mahal, Wanita Ini Siap Beli Handbag Beribu Guna Wang Kertas RM20

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita sedang berada di sebuah pusat beli-belah terkenal untuk membeli barang.Dia kemudian menuju ke sebuah butik berjenama mewah iaitu Gucci. Seperti semua sedia maklum Gucci adalah jenama luar negara yang sangat terkenal, jadi harganya sangat mahal kerana kualitinya.Namun, wanita itu dengan sempoi dilihat hanya memakai T-shirt biasa dan sandal masuk ke dalam butik mewah berkenaan dengan hasrat mahu membeli beg tangan yang sudah lama... Klik untuk […]

today16 April 2021