Menonton live aktiviti paranormal sememangnya mengujakan bagi setengah anda yang hati kental dan tidak takut pada penampakkan entiti misteri atau hantu.
Dalam pada itu, tular semula video live TikTok di media sosial memaparkan penampakkan susuk misteri hantu pocong yang secara kebetulan terakam dalam live salah seorang pengguna Tiktok bernama @badlisyah.bs.
Entiti tersebut sempat dirakam pada Januari yang lalu di kediaman pengguna TikTok tersebut yang tinggal bersama rakan-rakannya. Difahamkan, pada awalnya, @badlisyah.bs hanya bersahaja merakamkan live TikTok pada sekitar jam 12.36 pagi selepas habis berkongsi kisah hantu bersama rakan-rakan serumahnya.
Siapa sangka, selepas berkongsi kisah hantu, situasi yang benar-benar misteri mula menghantui apabila peti sejuk di rumah mereka terbuka dan tertutup dengan sendirinya. Situasi tersebut sempat dirakam menerusi live TikTok milik @badlisyah.bs. Tonton kompilasi video live seram milik TikTok @badlisyah.bs dan anda disarankan untuk guna fon telinga.