Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Rasa Bersalah Menyelubungi Diri, Uyaina Arshad Seru Sebarkan Tentang Keganasan Yang Berlaku Di Palestin

today11 May 2021

Background

Sejak dari semalam, dunia digemparkan sekali lagi dengan serangan Zionis terhadap Palestin. Apa yang lebih menyayat hati, serangan berlaku di Masjid Al-Aqsar ketika umat Islam sedang menunaikan solat terawih. Serangan bom yang dilepaskan Zionis meragut 20 nyawa termasuklah 9 orang kanak-kanak. Apabila Masjid Al-Aqsar dibakar, dapat dilihat dari sebelah tembok, rakyat Israil menari dan menyanyi kegembiraan kerana merasakan mereka telah menang.

Baca juga: #SavePalestine Terus Jadi Trending, Perkongsian Semasa Fedtri Yahya Buat Ramai Yang Dah Mula Tak Kisah Pasal Raya

 

Sejak semalam juga, berita ini tak putus-putus disebarkan di media sosial malah selebriti-selebriti di Malaysia turut dilihat berkongsikan kisah Palestin di laman sosial mereka. Terbaru, Uyaina Arshad dilihat berkongsikan satu posting di laman Instagram miliknya mengenai perasaannya berikutan apa yang berlaku di bumi Palestin ketika ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

 

Luah Uyaina, dia diselubungi rasa bersalah kerana di sini kita dapat berbuka dengan makanan yang banyak tak terhingga dan boleh memilih untuk berbuka di tempat yang mewah sedangkan rakyat di Palestin berbuka dengan duka dan linangan air mata. Dia rasa bersalah kerana sibuk membeli-belah sempena raya sedangkan saudaranya di sana belum tentu bertemu Syawal. Dia turut rasa bersalah apabila rata-rata marah kerana tidak dapat pulang ke kampung halaman disebabkan PKP tetapi mereka di bumi Palestin ketika ini menahan perit kehilangan orang yang tersayang gara-gara dibom rejam Zionis.

Kata Uyaina walaupun kita tidak mengalaminya tidak bermakna kita tidak boleh merasai. Ini adalah salah satu fitrah manusia di mana kita mempunyai sifat kemanusiaan dan rasa simpati kepada orang lain. Tambah Uyaina, walaupun kita tidak mampu untuk berperang dan turut turun memberikan bantuan kepada mereka di sana, dia meminta supaya kita tidak berhenti menitipkan doa buat mereka. Doa itu adalah senjata terkuat umat Islam. Malah, Uyaina turut menyeru supaya kita terus-terusan menyebarkan berita keganasan Zionis di bumi Palestin kepada dunia melalui media sosial supaya dunia sedar tentang kekejaman ini.

Menerusi Instagram story Uyaina, dia ada berkongsikan satu gambar dengan mesej yang penting iaitu kita tidak perlu menjadi Islam untuk mempertahankan Palestin. Ini bukan hanya peperangan agama, kekejaman pihak Zionis telah melanggar hak asasi kemanusiaan di dunia dan ia selayaknya dihentikan.

 

Meninjau ke ruangan balas, rata-rata meninggalkan komen sebak dan sedih, mungkin juga terkesan dengan apa yang dikatakan. Ada juga yang memuji tindakan Uyaina yang menggunakan platformnya sebagai seorang selebriti untuk berkongsikan kisah Palestin supaya ia memberi kesedaran kepada umum.

Marilah kita sama-sama doakan kesejahteraan di bumi Palestin. Sudah terlalu lama mereka ditindas dengan keganasan. Jangan berhenti berdoa buat mereka, semoga doa kita semua diangkat dan menjadi senjata paling agung buat mereka.

 

Baca juga: “Bersyukur Masih Boleh Beraya, Kasihan Rakyat Palestine” – Perkongsian PU Azman Buat Wargamaya Sebak

Sumber: Uyaina Arshad

Written by: Danisyah Dalily


Previous post