Dalam bulan puasa ni antara waktu yang selalu kita peka adalah waktu habis sahur, iaitu waktu subuh dan juga waktu mahgrib menandakan sudah masuk waktu berbuka puasa. Tapi yang paling di tunggu-tunggu oleh kita adalah waktu berbuka puasa. Waktu berbuka puasa di Malaysia bagi setiap negeri adalah berlainan. Paling awal waktu berbuka puasa biasanya di Sabah dan Sarawak, dan negeri paling lewat berbuka adalah Perlis.
Disebabkan oleh putaran bumi pada paksinya, kutub bumi akan senget sedikit demi sedikit setiap kali putarannya. Maka waktu berbuka akan berlainan dari hari ke hari, sama ada makin awal ataupun makin lewat. Disebabkan kedudukan geografi, dan jarak kedudukan dengan garis waktu, setiap kawasan mempunyai waktu tenggelam matahari yang berbeza. Purata tempoh kita berpuasa di Malaysia adalah hampir 14 jam. Tapi ada negara yang lagi lama tempoh berpuasa daripada kita.
Tempat Paling Lama Berpuasa
Cuba bayangkan kita yang berpuasa selama 14 jam sehari pun dah rasa lama, tapi ada negara yang berpuasa lebih 19 jam. Maksudnya dalam sehari, cuma 5 jam sahaja waktu makan yang mereka ada. Tempat yang dimaksudkan adalah di Oslo, Norway. Beza tempoh berpuasa mereka dengan kita adalah lebih kurang 6 jam. Selain Norway, dua negara lagi yang berkongsi waktu yang sama adalah di Greenland dan juga Finland. Namun ada juga kawasan yang berpuasa sehingga 21 jam sehari iaitu di Longyearbyne.

Waktu malam malam dicatatkan paling singkat. Namun terdapat fatwa yang membenarkan mereka yang berada di daerah tersebut untuk mengikuti waktu berpuasa daerah terdekat lain yang mempunyai waktu siang dan malam yang panjang.
Secara logiknya fatwa ni dikeluarkan untuk memberi ruang umat Islam menunaikan ibadah tarawih dan ibadah lain selepas waktu berbuka. Kalau tak nanti jadi macam kes solat tarawih 20 rakaat dalam masa 5 minit. Tapi kalau untuk tujuan melancong, seronok juga pergi ke Nuuk ni sebab waktu siang yang panjang.
Tempat Paling Sekejap Berpuasa
Kalau tadi tempat yang paling lama tempoh berpuasanya, lawannya adalah tempat yang paling sekejap iaitu selama 11 jam 30 minit. Lokasinya adalah di bandar Santiago, Chile. Perbezaan dengan Malaysia adalah mereka awal lebih kurang 2 jam lebih. Okaylah juga tempoh berpuasa kita tak jauh beza macam di Oslo.

Terdapat juga satu tempat unik yang mempunyai tiga waktu berbuka yang berbeza, iaitu di Menara Burj Kalifa. Dengan ketinggian 828 meter, waktu berbuka di menara tersebut di tetapkan pada ketinggiannya. Mereka yang berada di tingkat paling atas akan berbuka lewat sedikit berbanding mereka yang berada di tingkat tengah dan paling bawah. Tiga waktu berbuka ini disebabkan oleh setiap tingkat melihat tenggelamnya matahari pada waktu yang berbeza, di mana tingkat paling atas akan melihat matahari tenggelam lewat 3 minit dari tingkat paling bawah.
Sebenarnya tak kira tempoh berpuasa dekat mana lagi panjang atau pendek, yang penting keikhlasan kita menjalani ibadah berpuasa tu yang penting. Kita boleh berada di tempat yang mempunyai tempoh puasa paling singkat, tapi kalau kita sekadar menahan dahaga dan lapar je pun boleh menjadikan puasa kita sia-sia.
Sumber daripada: Aljazeera