Kool FM

“Reaksi Mama Bila Nampak Saya Berniqab” – Neelofa

Sebenarnya, kita semua mampu membawa perubahan dengan cara kita tersendiri tak kira sama ada dari segi berkomunikasi, gaya hidup, pemakanan, cara berfikir, penampilan atau apa saja selagi memberi kesan positif pada diri sendiri atau orang sekeliling.

Begitulah yang dilakukan oleh usahawan hebat, Neelofa apabila dia mengejutkan orang ramai dengan perubahan penampilannya dengan berniqab.

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila ibu kepada pelakon berusia 31 tahun ini, Noor Kartini memuat naik sebuah video menerusi lama akaun instagram miliknya.

Video tersebut menunjukkan situasi hiba dan gembira apabila mendapat tahu Neelofa mengambil keputusan untuk berniqab. Malah, ibunya turut memanjat kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana mengurniakannya bidadari terindah.

Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yang Kau kurniakan dan aku mohon kurniakan hidayah yang terbaik untukku, seluruh keluargaku dan seluruh umat manusia,”

Dalam pada masa sama Neelofa sendiri memohon orang ramai mendoakan dirinya agar terus istiqamah perubahan yang dibuat dalam hidupnya.

Kami diKool FM, mendoakan agar Neelofa terus menjadi inspirasi buat wanita di seluruh dunia dan tidak menjadikan penampilan berniqab menghalang anda untuk terbang jauh melebarkan sayap.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Neelofa Letak Jawatan Sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif AirAsia

Keteguhan jiwa, hati Neelofa

 

 

Sumber: instagram

Exit mobile version