Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Reunion? Lu Orang Tau Cerita Apa?” Warganet Tertanya-Tanya Bila Gangster KL Nak Kembali

today30 March 2021

Background

Muzim pandemik kali ini banyak penggambaran filem dan drama terpaksa ditangguhkan buat seketika memandangkan kita perlu mematuhi prosedure operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Oleh itu, sudah pasti ramai yang rindukan menonton filem pecah panggung. Salah satu filem yang dinanti semestinya filem arahan pengarah dan pelakon Shamsul Yusof iaitu KL Gangster.

Filem KL Gangster mempunyai peminat mereka sendiri walaupun sudah hampir 10 tahun ditayangkan bermula dengan filem KL Gangster (2011) diikuti KL Gangter 2 (2013). Penampilan barisan aktor-aktor hebat lebih membuatkan filem ini masih ditonton dan diminati ramai.

Terbaru pelakon, barisan pelakon filem KL Gangster iaitu Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Adam Corrie berkongsi gambar mereka bersama dan telah membuatkan warganet tertanya-tanya adakah dilem mereka bersama bakal dikeluarkan tidak lama lagi? Lebih menarik apabila gambar berkenaan turut dikongsikan setiap mereka di laman Instagram masing-masing.

Perkongsian daripada barisan pelakon-pelakon hebat tersebut membuatkan orang ramai mula mengimbau skrip serta watak-watak aktor di dalam filem aksi tersebut. Ramai yang turut meluahkan rasa teruja mereka dan menyifatkan itu petanda bahawa ada ‘buah tangan’ yang akan diberikan Shamsul Yusof kepada peminat filem tersebut. Lebih menguatkan telahan tersebut, Shamsul sebelum ini seolah sudah memberi bayangan bahawa dia akan menghasilkan satu lagi filem dari francais KL Gangster yang dipercayai berjudul ‘KL Gangster 3 : The Finale’

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Biniku Gangster!” – Isteri Cekak Pinggang Tanya Suami Bila Nak Balik

Kenali 5 Organisasi Jenayah Terbesar Dan Menggerunkan Di Dunia

Sumber: Aaron Aziz dan Syamsul Yusof

Written by: Adinna


Previous post

AFC

Sukan

Terpulang Kepada Jawatankuasa Tatatertib Tentukan Jenis Hukuman

Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) seperti diketahui pernah menjatuhkan hukuman berat buat penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias yang melakukan kekasaran terhadap pengadil perlawanan ketika aksi Piala AFC 2017 di Filipina. Insiden tersebut menyaksikan Farizal telah bertindak keterlaluan dengan menolak pengadil dari China, Fu Ming sehingga menyebabkan penjaga gol yang kini berusia 34 tahun... Klik untuk baca […]

today30 March 2021