Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Risau Hubungan Tak Direstui, Lelaki Nekad Sorok Kekasih Dalam Bilik Selama 11 Tahun!

today15 June 2021

Background

Benda paling dasyat apa yang anda pernah lakukan demi cinta? Mungkin ada yang habis beribu untuk bahagiakan kekasih, atau terbang jauh merentas benua semata-mata berjumpa teman istimewa. Tapi mungkin apa yang dilakukan lelaki ini memang cukup gila sehingga menyebabkan seorang gadis hilang dari radar keluarga selama 11 tahun!

Semua ini gara-gara bimbang hubungan tidak direstui, maka seorang lelaki bertindak menyembunyikan kekasihnya dalam rumah ibu bapanya sejak lebih 10 tahun lalu. Rahman Khani, 34 tahun, melarikan diri bersama kekasih hatinya, Sajita, 28 tahun, pada 2010. Dia kemudian menyembunyikan teman wanitanya itu di rumah keluarganya di Ayiloor, Kerala, India selama 11 tahun.

Image via:https://www.indiatimes.com/

Bagi mengelakkan perbuatan mereka itu kantoi, Rahman akan mengunci pintu bilik itu setiap kali dia keluar. Tidak cukup dengan itu, Rahman turut memasang peralatan elektrik pada tombol pintu biliknya bagi mengelakkan ia dimasuki bapa, ibu dan kakaknya. Bagi Sanjita pula, jalan untuk dia keluar dari bilik itu adalah melalui tingkap bilik, dan hanya keluar pada waktu malam sahaja tanpa diketahui sesiapa. 

Baca juga:“Eh Cik Ani Mencarut” – Chef Wan Kongsi Keadaan Demensia Ibunya Buat Netizen Terhibur

Bagi menghilangkan bosan pula, Sanjita akan menonton televisyen kecil dengan menggunakan fon telinga. Itulah cara mereka untuk bersembunyi di dalam bilik tersebut tanpa diketahui oleh sesiapa pun selama 11 tahun. 

Hubungan Disembunyikan Kerana Perbezaan Agama

Ketika Sajita mula-mula hilang lebih sedekad lalu, polis melancarkan operasi mencari wanita itu namun ia tamat begitu sahaja. Bagaimanapun, persembunyian Sanjita terbongkar selepas mereka mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri pada awal tahun ini. Bagaimanapun, Rahman tidak memaklumkan dia akan berpindah ke tempat lain, sehingga keluarganya menyangkakan dia telah hilang.

Image via:https://www.indiatimes.com/

Menyedari Rahman tidak pulang ke rumah, ibu bapanya kemudian membuat laporan polis tentang kehilangan anak mereka. Polis kemudian menemui Rahman di Nenmara yang terletak tidak jauh dari rumah keluarganya. Pegawai polis tempatan, Deepa Kumar berkata Sajita dan Rahman menyembunyikan hubungan mereka kerana perbezaan agama.

“Kedua-dua mereka dibawa ke rumah Rahman dan lelaki itu kemudian memberitahu bahawa mereka sudah tinggal bersama dalam bilik kecil itu lebih 10 tahun,” katanya.

Selepas daripada itu, dalam satu perbicaraan mahkamah, hakim mengeluarkan perintah untuk membenarkan Rahman dan Sanjita untuk terus tinggal bersama. Jadi itulah apa yang sanggup dilakukan oleh lelaki ini sehingga ibu bapa wanita tersebut menyangka anak mereka telah hilang selama 11 tahun. Harap jangan ada diantara kita yang buat kerja gila seperti ini, semata-mata demi cinta.

Baca juga: “Bukan Setakat Seriau, Fobia Pun Ada” – Siti Sarah Akui Takut Kes Tertukar Bayi Jadi Pada Diri Sendiri

Sumber daripada: Kosmo

Written by: Hamka Rosli


Previous post