Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

RM20k VS RM50k, Wargamaya Bandingkan Kompaun Neelofa Dengan Penjual Burger

today27 April 2021

Background

Setelah hampir sebulan kertas siasatan dibentangkan bagi kes pelanggaran SOP yang dilakukan oleh Neelofa dan suaminya Pu Hariz bagi dua kes yang berbeza iaitu kes majlis pernikahan mereka dan juga kes berbulan madu di Langkawi, hari ini, Neelofa dan pasangan akhirnya dikenakan tindakan dan dikompaun sebanyak RM20,000 atas dua kesalahan yang berlainan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah mengeluarkan perincian kompaun yang dikenakan terhadap pelakon dan pengacara terkenal ini. Kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuhi SOP di majlis pernikahannya dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan. Manakala kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atasnya kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri.

Baca juga: “Lofa Buka Chatime Atas Gunung Ke Naik Cable Car?” – Warganet Pertikai Neelofa Seperti Sedang Berbulan Madu

Nama selebriti terkenal ini hangat diperkatakan dan Neelofa juga turut dilabel sebagai ‘golongan kayangan’. Sejak dari itu, banyak perbandingan yang dibuat oleh wargamaya antara ‘golongan kayangan’ dan ‘golongan marhaen’. Hal ini adalah kerana, orang ramai merasakan perkara ini tidak adil bagi mereka. Oleh itu, wargamaya berkeras supaya kes ini diambil berat oleh pihak atasan dan tidak dilihat dengan sebelah mata hanya kerana Neelofa mempunyai nama dan status.

Terkini, walaupun kompaun telah dikenakan ke atas Neelofa, Hariz serta beberapa lagi ahli keluarga Neelofa yang turut melanggar SOP semasa majlis pernikahannya, wargamaya dilihat masih membuat perbandingan antara dua darjat. Hal ini adalah kerana Neelofa hanya dikenakan kompaun sebanyak RM 20,000 bagi dua kes berbeza manakala seorang penjual burger di Kelantan dikenakan kompaun RM50,00 semalam.

Isu ini tular hari ini kerana ramai yang tidak berpuas hati bagaimana si penjual burger yang hanya menjual di hadapan tangga rumah boleh dikenakan kompaun yang begitu banyak. Tak tertanggung nak membayar kompaun sebanyak itu sedangkan si penjual burger itu hanya mahu mencari duit lebih bagi membayar bil yang diperlukan.

Rata-rata wargamaya meluahkan rasa kesal dan tidak puas hati dengan keputusan PDRM dalam mengenakan kompaun. Adakah ini satu bentuk pilih kasih? Menerusi laman Twitter, PDRM dilihat trending sehingga sekarang dan ciapan mengenainya melebihi 15 ribu.

Apa pun, tindakan sudah dikenakan. Kita berharap di masa akan datang tiada lagi isu ‘golongan kayangan’ yang dibangkitkan.

Baca juga: “Rogol Bukan Bahan Jenaka” – Orang Ramai Berang Isu Rogol Di Sekolah Diambil Ringan

Sumber: Twitter , Astro Awani

Written by: Danisyah Dalily


Previous post

Gaya Hidup

Basuh Baju Pakai Tangan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @bib_bites, kelihatan suaminya yang berasal daripada Nigeria sedang membasuh baju sekolah anak mereka. Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila suaminya rajin menyental baju guna tangan walaupun di rumah mempunyai mesin basuh. Si isteri memberitahu bahawa perkara itu sudah menjadi amalan suaminya semasa di Nigeria kerana dia berpendapat basuh baju menggunakan tangan jauh lagi bersih berbanding mesin. Malah, suaminya bukan saja rajin basuh... Klik untuk baca artikel […]

today27 April 2021