Kool FM

Roh Bapa Serba Putih Datang Rumah ‘Jaga’ Ibu Sakit, Siap Duduk Atas Buaian Lagi..Seram!

Baru-baru ini viral satu video di media sosial memaparkan ‘sosok’ misteri sedang duduk di atas buaian yang terletak di luar sebuah rumah. Perkongsian video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tertanya-tanya mengenai kelibat misteri tersebut.

Menerusi laporan yang dipetik daripada The Sun, seorang wanita mendakwa sebenarnya sosok misteri itu adalah roh bapanya, Leandro yang sudah meninggal dunia sejak 10 tahun lalu. Jelasnya lagi, penampakan itu hanya disedari ketika dia sedang menjaga ibunya yang sedang menghidap kanser paru-paru sejak dua bulan lalu.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini memaklumkan pada bulan November 2019, dia telah mendapat notifikasi daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menyatakan bahawa terdapat kehadiran ‘seseorang’ di hadapan rumahnya. Bermula dari situlah, dia yakin bahawa entiti itu adalah bapanya.

 

Klik untuk baca artikel penuh.

Exit mobile version