Site icon Kool FM

Rupert Grint Kongsi Gambar Anak Di Instagram Baru

Pelakon utama dalam lapan filem Harry Potter, Rupert Grint, yang memegang watak sebagai Ron Weasley memuat naik sekeping foto bersama anak perempuannya yang baru berusia 6 bulan di Instagram barunya.

Pada kapsyen menerusi posting tersebut, pelakon berusia 32 tahun itu mengakui bahawa dirinya mungkin terlambat 10 tahun untuk mendaftar profil akaun Instagram sendiri.

“Sini saya kenalkan kepada anda semua Wednesday G.Grint. Kekal selamat, Rupert,”

Apa yang membuatkan lebih memeranjatkan lagi, Rupert kini memiliki tiga juta pengikut walaupun baru saja sebulan mendaftar akaun Instagram.

Tak sangka, masih lagi ramai tertarik dengan pelakon filem Harry Potter walaupun sudah hampir 7 tahun yang lalu  filem tersebut habis ditayangkan.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bintang sasaran Chelsea, United macam Harry Potter

Selepas Umum Keluar Dari Keluarga Diraja, Putera Harry Dan Meghan Markle Ditawarkan Kerja Oleh Burger King

 

 

 

Sumber: instagramrupertgrint

Exit mobile version