Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Sabar Ye Cik Man” – Kisah Pertemuan Sementara Cik Man Dan Kucing Jalanan Buat Netizen Turut Sebak

today9 June 2021

Background

Kucing antara haiwan yang paling sinonim dalam masyarakat kita sebagai haiwan peliharaan. Bagi umat Islam pula, kucing ini memang diketahui sebagai haiwan kesukaan Rasulullah S.A.W. Jadi secara tak langsung, sebagai umat Islam kita akan lebih kasih kepada kucing. Kalau tengah makan di kedai makan pun dan ternampak ada kucing datang,  mesti kita akan beri makanan kita sikit pada kucing tu. Begitulah kasihnya kita kepada haiwan bernama kucing ini.

Terbaharu, Cik Man atau nama penuhnya Azman Syah Alias membuat perkongsian kisah ringkas pertemuan dia bersama dengan kucing jalanan. Namun, kisah ringkasnya itu mengundang sebak wargamaya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

Baca juga: “Ayah Serba Boleh” – Buat Video Pengorbanan Seorang Ayah, Aeril Zafrel Buat Ramai Tak Kering Gusi

Kisahnya bermula apabila Cik Man terjumpa seekor kucing jalanan, semalam. Kata Cik Man, manja betul kucing tu. Jadi Cik Man pun bawalah dia masuk ke dalam kereta sekejap untuk bermain. Semasa bermain, kucing tu seperti menekan-nekan tangan Cik Man macam mengurut. Memang gembira dibuatnya Cik Man, yang juga merupakan seorang penceramah bebas dan pelakon.

Bagaimanapun, pertemuan bersama kucing jalanan itu rupanya adalah pertemuan yang singkat bila kucing tersebut dikhabarkan mati pagi tadi. Punca kematian tidak diketahui. Disebabkan tidak dapat keluar, jadi Cik Man minta pertolongan kawannya untuk uruskan kucing tersebut. 

“Kadang terjadi pertemuan singkat dalam hidup ini, adalah supaya kita hargai detik indah itu,” ujar Cik Man menggambarkan situasi yang sedang dilaluinya. 

Begitulah kisah pertemuan singkat Cik Man bersama kucing jalanan tersebut. Dalam pada itu, wargamaya lain rata-rata turut berasa sebak dengan perkongsian Cik Man itu. Siapa tak sedih baru jumpa kucing yang manja dengan kita, tiba-tiba dah tak ada. Tapi itulah kehidupan, pertemuan di dunia hanyalah sementara.

Baca juga: Belum 10 Bulan Dah Pandai Bertatih, Ramai Kagum Anak Fasha Sandha Cepat Belajar Berjalan

Written by: Hamka Rosli


Previous post