Kool FM

Safiey Illias Kongsi Video Sedut Lemak Dahi

Mengubah ciptaan Allah pada tubuh badan kita adalah satu kesalahan besar. Namun, terdapat satu keadaan tertentu, perbedahan ini diharuskan untuk sesuatu keperluan

Misalnya, pembedahan menghilangkan sumbing di mulut, kecacatan pada jari tangan atau kaki yang melekat di antara satu sama lain, pembedahan kulit yang terbakar dan seumpamanya. Keharusan ini adalah kerana kecacatan ini mengandungi kemudaratan dari sudut fizikal dan mental pesakit.

May be an image of one or more people and indoor

Lain pula yang dilakukan oleh usahawan muda kosmetik terkenal, Safiey illias yang kongsikan video pendek ketika dia melakukan pembedahan bahagian dahinya untuk membuang lemak.

Menurutnya lagi, dia ingin lakukan perbedahan kerana ingin membuang bentuk dahi jendul yang seakan-akan ikan flowerhorn atau kartun Jimmy Neutron.

Sebelum melihat video yang dikongsikan, kami ingin bagi amaran kepada mereka yang takutkan darah atau tidak boleh melihat perkara yang mengerikan, sila elakkan dari menonton.

Menjengah ruangan komen, rata-rata mendoakan supaya Safiey Illias diberikan hidayah dan cepat-cepat bertaubat.

Semoga segala kesalahan kita yang pernah kita buat, dapat diampunkan sebelum nafas terakhir.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

18 Hari Bertarung Nyawa, Akhirnya Penerima Hati Negara Pertama Meninggal Dunia

“Kita Je Beriya Lebih Selamatkan Nyawa Orang, Tapi Mereka Selfish” – Frontliner

 

 

 

 

Sumber: twitter

Exit mobile version