Konflik di antara rakyat Palestine dan Israel menjadi perhatian orang ramai bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa buah negara yang prihatin terhadap nasib malang yang menimpa mangsa-mangsa Palestine. Baru-baru ini, penyanyi rap terkenal Caprice berani menampilkan diri untuk mengulas mengenai isu ini bersama dua orang influencers Israel yang bernama Orin dan Shiraz. Menerusi platform Instagram miliknya, Caprice mendapat lebih 200 ribu tontontan semasa Instagram Live itu berlangsung kira-kira sehingga mencecah 2 jam.
Menerjah di ruangan posting tersebut, ruangan komen Caprice telah mencecah sehingga lebih 9 ribu komen. Rata-rata daripada mereka membanjiri kata-kata terima kasih dan tanda hormat namun bukan sahaja daripada pengikutnya, malah juga daripada rakan-rakan selebriti yang turut menyokong tindakan Caprice untuk berhadapan dengan orang Israel bagi mengulas isu yang seperti tiada pengakiran ini. Mereka juga turut memuji sikap Caprice yang penyabar serta dapat bertutur dalam bahasa yang sopan meskipun dalam keadaan yang tegang itu.

Difahamkan, keadaan semasa IG live berlangsung sangat tegang di mana Orin dan Shiraz masing-masing tidak mahu mengalah dalam ‘perbincangan’ tersebut. Mereka seakan tidak memberi peluang kepada Caprice untuk mengulas pendapatnya. Malah, lebih menyakitkan hati orang ramai apabila Caprice bertanyakan beberapa soalan, mereka seolah-olah berdalih daripada menjawab soalan Caprice tersebut. Malah, selepas IG live Shiza bersama Caprice, Shiza telah memuat naik pandanganya dan bercerita terhadap IG live tersebut menerusi Insta Story di akaun miliknya. Salah seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah ciapan yang menterjemah apa yang Shiza katakan.
so whoever watched this too after she went Live with Caprice, i’d translate some words but not sure not really clear #FreePalestine pic.twitter.com/53rMQAIA66
— yie ᥫ᭡?| ????? (@kimytae_) May 20, 2021
Menerjah di ruangan Twitter, nama Caprice menjadi topik hangat perbincangan mereka sehingga trending dek kerana orang ramai terlalu ‘geram’ dengan kenyataan daripada kedua-dua orang Israel yang seakan keras kepala. Meskipun Caprice hanya berpandukan fakta dan sejarah, mereka tidak mempedulikan dan terus memutar belit kenyataan Caprice.
This whole conversation is useless, I stop watching it after 5 minutes. When asked, why the israeli soldiers attacked the muslim when they were praying at Al-Aqsa Mosque, she said the muslim attacked them first. When Caprice showed her the map, she said the map is wrong. pic.twitter.com/VGNNCNqsTK
— Mira Sham ?? #FreePalestine ?? (@mirasham89) May 20, 2021
Bagaimanapun, di akhir IG live tersebut Caprice mendapat persefahaman bersama Shiza yang berkata dia hanya mahu menyebarkan kasih sayang di antara rakyat Palestine dan Israel. Caprice memuji tindakan beliau dan menanti Shiza untuk membuat kenyataan di akaun Instagram miliknya yang menyeru pengikut Shiza untuk saling berkasih sayang di antara mereka. Sama-sama kita nantikan susulan daripada IG live Caprice dan Shiza.
Baca juga: “Kita Guna Bahasa Sam4r Sam4r..” – Heliza Helmi Guna Bahasa ‘F’ Untuk Elak Perkongsian Disekat
Penulis: Aqilah Paharuzi
Sumber: Instagram Caprice