Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Saya Anggota Baru Blackpink..” – Warganet ‘Keliru’ Kak Lina Pom Pom Ahli Blackpink Ke Minnie Mouse?

today6 May 2021

Background

Nama Elly Mazlien atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom yang semakin melonjak naik ini sentiasa menjadi perhatian warganet lebih-lebih lagi setelah dia aktif dalam bidang lakonan serta pengacaraan. Ramai di antara pengikutnya yang sentiasa geli hati apabila melihat gelagat Kak Lina yang penuh spontan itu. Aksi ‘masuk air’ Kak Lina kadang kala di luar jangkaan peminatnya.

Fenomena K-POP yang menular di negara kita ini turut menarik perhatian Kak Lina Pom Pom apabila dia ‘mengakui’ dirinya sudah pun menjadi anggota baru kumpulan Korea Blackpink yang menjadi kegilaan anak muda pada zaman sekarang. Menerusi posting di akaun Instagram miliknya, Kak Lina memuat naik sebuah gambar di mana rambutnya didandan tocang dua seperti gaya KPOP. Menurutnya, nama baharu sempena menjadi ahli Blackpink ialah Mohhhhhnalizzzzz. Gitu.. Hebat ya!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ?SaraAzlan? (@iamellymazlein)

Baca juga: “Gelak Pun Sama Dengan Ayam..” – Warganet Terhibur Gelak Kak Lina Pom Pom Di ‘Ejek’ Ayam Belanda

Meninjau di ruangan komen, rata-rata daripada pengikutnya terhibur dengan gelagat Kak Lina yang menghiburkan itu. Bukan itu sahaja, rakan-rakan selebriti turut memuji imej Kak Lina yang comel seperti remaja Korea itu. Eh, tapi ada juga yang berkata Kak Lina Pom Pom salah tema? Sebaliknya bukan ahli Blackpink, tetapi ahli Disney Minnie Mouse dek kerana rambutnya yang bertocang dua. Amboi, ada-ada saja ya warganet ni.

Sungguh jelita Kak Lina ni, seri ibu mengandung ke tu? Hihihi.. Apa-apa pun, bertenang semua, posting yang dimuat naik oleh Kak Lina itu hanyalah gurauan semata-mata. Tapi, cuba bayangkan jika betul Kak Lina ahli baru Blackpink, gempak ya! Hiks!

Baca juga: Elly Mazlein Akhirnya Umum Tengah Pregnant, Netizen Tumpang Gembira Dan Hujani Ucapan Tahniah

Penulis: Aqilah Paharuzi

Sumber: Instagram Elly Mazlien

Written by: Hamka Rosli


Previous post