Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Saya Cuba Hindarkan Diri Daripada Gosip”- Hannah Delisha Mohon Maaf Atas Kontroversi Yang Melanda Dirinya

today11 March 2021

Background

Selepas kecoh di media sosial dek kerana kontroversi yang melanda, Hannah Delisha akhirnya tampil dengan kenyataan menerusi akaun Twitter miliknya. Terdahulu, Hannah yang juga merupakan seorang pelakon dan penyanyi baru sahaja mengumumkan dia sudah selamat diijab kabul bersama kekasih hatinya, iaitu Imam Shah pada 18 Februari lalu. Namun, muncul pula spekulasi mengenai perkahwinannya tidak direstui apabila ibu kepada pelakon itu memuat naik satu coretan puisi yang mencurigakan di Instagram.

Image via:https://utusantv.com/

Kemudian, semalam satu lagi spekulasi mengenai tarikh sebenar perkahwinan Hannah menjadi tanda tanya selepas tular gambar yang dimuat naik oleh Eleena Sui setahun yang lalu dilihat memakai busana yang sama dan bergambar di pelamin yang serupa. Sebelum keadaan menjadi lebih keruh, Hannah tampil dengan kenyataan semalam. 

Dalam kenyataan yang ringkas itu, pertama sekali Hannah memohon maaf kepada semua atas kontroversi yang melandanya kini. Menurutnya, dia juga seperti orang biasa yang lain, tidak terlepas dengan masalah peribadi. Disebabkan itu, Hannah memohon maaf kerana telah menjadikan isu peribadinya tersebar luas. 

“Semasa saya masuk ke dalam industri ini, tujuan saya adalah untuk menghiburkan penonton dan juga peminat melalui hasil kerja saya, bukan kehidupan peribadi saya,” ujar Hannah.

Hannah juga menyatakan dia cuba sedaya upaya untuk menghindarkan dirinya daripada gosip dan membawa nama negara secara bermaruah. Tambahnya lagi, dia turut mohon doa dan memberi ruang peribadinya dalam tempoh dugaan seperti ini. Dalam pada itu, rata-rata wargamaya kagum dengan cara Hannah bawa dirinya semasa sedang dilanda kontroversi. Selain itu, ramai juga yang setuju untuk tidak masuk campur dalam urusan peribadi Hannah.

Baca juga artikel menarik lain:

Tarikh Nikah Sebenar Hannah Delisha Jadi Tanda Tanya, Foto Eleena Sui Papar Tarikh Tahun Lepas?

[VIDEO] “Saya Geletek Dia, Tapi Tak Bangun” – BCL Akhirnya Tenang Dedah Kisah Sebenar Malam Pemergian Ashraf

 

 

 

 

Sumber daripada: Twitter

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Pelanggan nikmati pulangan tunai bila membeli-belah di Jakel

KUALA LUMPUR – Kumpulan Jakel bakal memberi pulangan tunai berjumlah RM15 juta kepada pelanggannya menerusi kempen Jakel Cashback Deals yang bermula dari 12 Februari hingga 13 April ini. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, menerusi kempen berkenaan, pelanggan yang berbelanja minimum RM100 di semua 22 cawangan Jakel seluruh negara atau secara online akan menerima pulangan tunai sebanyak 10 peratus daripada harga jualan. Jelasnya, kempen tersebut... Klik […]

today11 March 2021