Video dimuatnaik pelakon Risteen baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila pasangan Risteena Munim dan Isa Khan memaklumkan terpaksa menunda tarikh nikah mereka.

Pasangan ini sepatutnya diijabkabulkan pada 20 November lalu, namun disebabkan pandemic COVID-19, mereka terpaksa menangguhkannya ke tarikh lain.
Menurut video tersebut, pelbagai persiapan telah dirancang dan mereka sedih kerana tidak mampu menghalang takdir.
Sepatutnya saya dan @theisakhan akad nikah pada 20.11.20
Sehari selepas hari jadi saya iaitu pada 20.11.20 kami telah bercadang untuk melangsungkan majlis akad nikah. Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi Pandemic yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.
.
Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang. Kami akan bersama sama dan akan lebih kuat dalam menjalani segala dugaan.
.
Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi support dan pasangan yang sangat mencintai saya. Semoga semua urusan dipermudahkan.
Apa pun, marilah kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini. Moga urusan untuk mendirikan masjid dipermudahkan.
Baca juga:
“Lofa Tak Tahu Masak & Dia Bukan Paling Pembersih,”-Bella Bongkar Rahsia Neelofa
“Selesai Sudah Majlis Hari Ini..”- Ibu Beri Hint, Neelofa & Haris Ismail bertunang?
Sumber: Instagram