Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Saya Harapkan Job, Bukan Bantuan..” Zamani Sakit Kini Bergerak Guna Skuter 3 Roda

today31 March 2021

Background

Hujung minggu lalu, Zamani membuat kejutan khas di mana dia menyanyi bersama anak buahnya, Zynakal di pentas Family Duo. Bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak tahu sejak bulan lalu, penyanyi vateren itu dikhabarkan terpaksa menghentikan rawatan masalah skoliosis atau tulang belakang melengkung berikutan masalah kewangan.

Menerusi satu temubual eksklusif sebuah portal, Zamani menjelaskan bahawa beliau memerlukan kos di antara RM250 hingga RM300 setiap kali menjalani rawatan yang dipanggil kiropraktik. Tambah Zaman walaupun beliau tidak menerima sebarang bantuan kewangan khas daripada pihak dalam industri seni, beliau tidak berkecil hati malah beliau sendiri mahu terus berkerja sendiri.

Sumbangan daripada badan-badan yang terlibat dalam industri seni setakat ni tak ada lagi.
Saya pula lebih selesa nak kerja sendiri, kalau boleh bagi la bantuan menerusi tawaran kerja… itu lebih baik..

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zamani Ibrahim (@iamzamani.official)

Sementara itu, menurut penyanyi berusia 50 tahun itu beliau yakin masih boleh mencari rezeki dan menafikan keadaan fizikalnya itu menyebabkan dirinya sukar untuk mendapat tawaran persembahan. Beliau tahu tahap kemampuan dirinya dan akan terus berusaha untuk bangkit dan hadapi cabaran ini dengan sedayanya.

Temubual ekslusif tersebut disertakan video yang memaparkan sedutan dimana Zamani bergerak dengan menggunakan skuter tiga roda berbanding berjalan di dalam sebuah pusat beli-belah. Sebagai salah seorang artis vateren, situasi seperti ini jelas menunjukkan bahawa Zamani sangat kuat dan terus berusaha menggunakan minat nyanyiannya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

[VIDEO] Persembahan Zamani Dan Zynakal Memukau, Ramai Tak Tahu Tu Pak Cik Dan Anak Buah

“Teringat Zaman Sekolah Dulu” – Elite Kembali Bergabung Selepas 20 Tahun, Peminat Turut Teruja!

Sumber: mStar Online

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Laju Macam ‘Kereta Api’ Bercakap Buat Food Review, Gadis Ini Buat Ramai Terhibur

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen sememangnya terhibur selepas melihat video tersebut.Ramai yang tidak menyangka gadis itu boleh bercakap dengan sangat laju. Hanya satu nafas je! Ada juga yang menyamakannya dengan penyanyi rap antarabangsa popular iaitu Eminem kepada Eminah.Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 93.6K views, 4,080 retweets dan 4,026 likes di Twitter.Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di... Klik untuk baca […]

today31 March 2021