Sebelum ini tular kisah nama daging harimau menangis dipatenkan, kini Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkongsi pandangannya tentang apa itu sebenarnya daging harimau menangis. Walaupun isu dipatenkan telah ditarik balik, namun masih ramai yang keliru mana datangnya daging ini? Kenapa permintaannya semakin tinggi? Apa yang kami pasti, tiada harimau yang disakiti dengan isu ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram rasmi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah, baginda menjelaskan memang ada daging harimau menangis kerana kesedapan daging tersebut telah membuatkan harimau sangat tidak sabar untuk memakannya sehingga mereka menangis. Tetapi, baginda juga menyatakan di Johor ada yang menggelarkan daging tersebut sebagai daging tetel dan kepada baginda, kedua daging itu adalah sama.
Tambah baginda, bahagian tersebut selalu digunakan olehnya untuk masak mee rebus johor. Sedapnya! Seterusnya, baginda turut menyatakan bahawa ibu kepada Noor Neelofa tidak salah cuma dia sepatutnya menamakan masakan tersebut.
Ibu neelofar @noorkartini tdk salah …. cuma nama masakan itu sepatutnya “daging lembu harimau menangis masak ……….??? “… name the dish ….. dia tidak salah kerana ada bahagian lembu yg di panggil ” harimau menangis “
Baginda turut berharap semua faham dan terima penjelasan darinya kerana mungkin ada orang muda masih belum biasa dengan bahagian daging harimau menangis. Dalam ciapan tersebut, baginda juga juga tertanya-tanya di manakah bahagian daging tetel? Tambah baginda, mungkin pemahamannya tenatng daging ini salah dan baginda berharap ada yang sudi betulkannya. Di akhir perkongsian, baginda sempat bergurau menyatakan dirinya juga menangis apabila melihat lamb shank.
Pokoknya memang ada bahagian lembu yg di panggil ” harimau menangis” … seperti juga sy menangis kalau tengok lamb shank…
Apapun, kami di Kool FM berharap kisah daging harimau menangis ini dapat ditamatkan. Kesian harimau, tersedak dia orang asyik sebut-sebut nama dia. Eh!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Jimat Sis! Ini Resipi Mudah Daging Harimau Menangis
LMK Spam Gambar Muda “Mama Harimau Menangis” Cantik Persis Model
Sumber: Instagram Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah
