Sebelum ini pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz pernah memuat naik perkongsian tentang kesedihannya atas kehilangan ibu tercinta, Allahyarham Juriana Jaafar disebabkan serangan jantung.
Apa yang lebih menyedihkan apabila baru-baru ini dia memuat naik satu lagi perkongsian tentang dirinya terpaksa mendirikan solat jenazah untuk ibunya seroang diri tanpa ahli keluarga yang lain disebabkan SOP yang telah ditetapkan berikutan COVID-19.
Menerusi posting tersebut, Aaron mengakui apa yang dirasakan saat itu hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakit perasaannya.
“Rasa sakit kerana tidak dapat solat jenazah bersama keluarga tersayang, hanya ALLAH sahaja yang tahu. Semoga Allah pelihara arwah Bonda tercintaku dalam urusannya di Alam Kubur,”
Dalam masa yang sama, dia turut mendoakan agar urusan ibunya dipermudahkan di alam seterusnya.
Perkongsian tersebut mendapat lebih 1oo ribu tanda suka dan dibanjiri ucapan takziah dan doa untuk bonda Aaron.
Semoga doa anak soleh untuk ibunya diangkat untuk kehidupan abadi si ibu di sana.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Aaron Aziz Beraksi Dalam Filem Hong Kong
COVID-19: Pelajar Mesir Tidak Terkecuali Terima Bantuan Daripada Aaron Aziz
Sumber: instagram
