Siapa sangka watak Aizat di dalam drama bersiri Projek Anchor yang dipegang oleh Aedy Ashraf rupanya banyak persamaan? Antaranya kedua-dua personaliti ini takutkan jarum! Kalau dilihat sekilas, memang tak sangka pelakon kacak dan sado ini benar-benar takutkan jarum yang halus.
Baru-baru ini Aedy ada memuat naik sebuah video di laman Instagramnya. Video tersebut menunjukkan saat Aedy mengambil vaksin Covid-19. Jelas kelihatan Aedy begitu gementar sehingga seluruh badannya terutama bahagian tangan tidak mampu untuk duduk diam. Apabila mendengar kepada suaranya juga, jelas Aedy gemuruh dan percakapannya tidak jelas.
View this post on Instagram
Aedy akui bahawa dia sebelum ini adalah seorang anti-vaksin. Bukan kerana terjebak dengan kepercayaan karut tetapi kerana dia begitu takutkan jarum sehingga dia berkira-kira untuk pergi mendapatkan vaksin. Namun, Aedy berjaya melawan rasa takutnya demi untuk menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat.
Baca juga: “Tak Feeling Kayangan Cucuk Vaksin!” – Mira Filzah Syukur Sudah Ambil Vaksin Dos Pertama AstraZeneca
Video yang dirakam dan dikongsikan ini bukanlah untu menunjukkan kelemahan tetapi merupakan bukti keberaniannya. Ini mungkin remeh bagi orang lain namun kepada sesiapa yang takutkan jarum, ‘menadahkan’ lengan kepada petugas kesihatan untuk dicucuk adalah sesuatu yang besar buat mereka. Oleh itu, Aedy sedikit sebanyak telah memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka di luar sana untuk buang rasa takut dan ambil vaksin.
Meninjau ke ruangan komen, ada yang mendapat keberanian untuk mengambil vaksin selepas melihat video ini. Malah ramai juga yang tagkan video ini kepada kawan yang juga menghadapi masalah yang sama mungkin sebagai satu bentuk dorongan buat mereka untuk ambil langkah yang sama.

Apa pun, tahniah Aedy Ashraf kerana berjaya menentang rasa takut dan gemuruh kepada jarum demi mendapatkan vaksin yang berupaya melindung diri dan keluarga. Kita harapkan lebih ramai lagi masyarakat tampil mendapatkan vaksin untuk kebaikan kita bersama.
Sumber: Aedy Ashraf