Jika sebelum ini pelajar sekolah kebiasaannya didenda berdiri depan kelas atau ketuk ketampi oleh guru di sekolah. Anda pernah didenda? Biasalah sebagai pelajar sekolah kita mungkin ada lakukan kesalahan seperti tidak siap kerja sekolah atau terlalu bising di dalam kelas betul tak? Didendalah kenangan yang akan kita bawa untuk dikongsi kisahnya kepada keluarga kemudian hari sebagai pengajaran buat diri.
Bagaimanapun, sebuah video yang menunjukkan seorang pelajar didenda oleh gurunya mula tular apabila ramai yang terhibur menonton perkongsian itu. Video tersebut mengenai seorang pelajar lelaki didenda menyanyi di depan kelas kerana tidak menyiapkan tugasan yang diberikan. Denda yang sangat luar biasa dan kreatif!
Baca artikel berkaitan: “Ini Penganiayaan Buat Guru Dan Pemimpin Sekolah..” – Mazlee Malik Bangkang Sekolah Dikenakan Kompaun
@_cikulalaBonda tak denda sebab bulan puasa. ##fypmalaysia?? ##fypシ ##foryoupage ##teacher ##fyp ##WeDoDanceChallengeMY ##tiktokmalaysia ##esekeli♬ original sound – mimisyafinie
@_cikulalaReply to @abggglongggg PART 2, TGK SAMPAI HABIS. TQ SEMUA ? ##tiktokmalaysia ##fyp ##teacher ##foryoupage ##fypシ ##fypmalaysia??♬ original sound – mimisyafinie
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang wanita bernama @cikulala, ia memaparkan seorang pelajar lelaki yang berdiri sambil menyanyi di hadapan guru dan rakan-rakannya yang lain. Difahamkan, dia telah didenda kerana tidak melengkapkan kerja sekolahnya. Pelajar itu kemudiannya memilih untuk menyanyikan lagu Gundah yang merupakan lagu nyanyian Ernie Zakri. Hebat dik..
Lebih menarik perhatian ramai apabila suara pelajar lelaki tersebut kedengaran begitu merdu dan vokalnya juga kedengaran seperti penyanyi professional dan dia sebenarnya adalah seorang pelajar vokal di sekolah seni tersebut. Patutlah sedap suara adik!
Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata warganet memuji dan mengagumi dengan kemerduan suara pelajar itu Malah, ada juga yang mengatakan bahawa pelajar lelaki itu boleh menjadi penyanyi professional jika bakatnya diasah dengan lebih mendalam lagi.
Sumber: TikTok _Cikulala