Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Sekarang Adalah Masa Terima Pembalasan Atas Kedegilan Semua..” – Shahrulezad Puas Hati Dapat “Hentam” Rakyat Yang Degil

today27 May 2021

Background

Siapa sahaja yang tidak berang apabila sudah berkali-kali berpesan dan merayu kepada orang ramai tentang bahaya Covid-19 tetapi masih wujud golongan yang “masuk telinga kanan keluar telinga kiri”? Pastinya situasi ini menyakitkan hati mereka yang patuh kepada arahan. Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan bahawa wujud 12 kluster baharu di negara ini iaitu kluster jangkitan Covid-19 berkaitan sambutan Aidilfitri.

Menurut Dr Noor Hisham, kluster komuniti berkenaan dilaporkan di tujuh negeri iaitu Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor dan Labuan. Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilaksanakan di seluruh negara dan orang ramai tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman untuk menyambut perayaan, ternyata masih ada yang “curi-curi” pulang beraya sehinggakan Lebuhraya sesak, sebelum dan selepas hari raya.

Baca juga: Lebuhraya KL-Karak Dilihat Sesak, Orang Ramai Semakin Berang Dengan Mereka Yang “Selfish”

Berita ini dikongsikan kembali oleh pengarah, Shahrulezad , di laman Instagram miliknya. Shahrulezad adalah antara yang aktif menyebarkan informasi terkini Covid-19 dan negara kepada para pengikutnya di laman sosial. Malah, dia dilihat sentiasa mengingatkan orang ramai supaya patuh kepada SOP dan turut merayu kerana kes saban hari semakin teruk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)

Namun, menerusi perkongsiannya yang terbaru, Shahrulezad dilihat sudah semakin tidak sabar dan berang dengan golongan yang masih tidak faham bahasa. Rasa amarahnya semakin membuak berikutan kemunculan 12 kluster raya terbaharu yang sepatutnya boleh dielakkan jika rakyat patuh kepada arahan kerajaan supaya duduk sahaja di rumah.

Kata Shahrulezad dia kini hanya boleh menepuk tangan sahaja jika ada ibu bapa atau saudara terdekat golongan yang pentingkan diri ini dijangkiti Covid-19. “Kalau lepas ni mak pak korang atau keluarga korang yang kena angkara kesombongan dan kedegilan korang sendiri why should I feel pity or sympathy?”, tulis Shahrulezad melalui postingnya.

Dengan keadaan yang semakin nazak sekarang di mana katil hospital sudahpun penuh dengan pesakit Covid-19, dia berpesan kepada golongan ini supaya tidak menyesal dan marah jika ada ahli keluarga mereka pula yang nazak akibat serangan virus membunuh ini. “Korang jangan marah tau kalau ada ahli keluarga korang yang terpaksa nazak sorang-sorang kat kampung atau rumah masing masing sebab tak der tempat nak pergi?”, tulisnya.

Shahrulezad menambah bahawa ini adalah masa untuk kita terima pembalasan atas kedegilan diri sendiri. Dia turut berkata bahawa kali ini dia hanya mampu tergelak besar dengan musibah yang menimpa tetapi dalam masa yang sama merintih sedih dan marah dengan golongan yang sanggup “membunuh” ibu bapa sendiri. “Takkan nak salahkan Lofa jugak?”, katanya dengan nada perlian.

Mungkin baris kata yang ditulis Shahrulezad melalui posting tersebut agak kasar dan tidak sensitif tetapi itulah apa yang dirasai oleh sebahagian rakyat. Meninjau ke ruangan balas, wargamaya bersetuju dengan apa yang dikatakan Shahrulezad. Malah, ada yang berkata mereka puas dengan apa yang dilontarkan.  Perasaan simpati kini sudah bertukar menjadi marah, kecewa dan kini rata-rata sudah mahu meletus dengan rasa yang pelbagai.

Sudah 2 tahun dunia menderita dengan wabak pandemik ini. Walaupun penat, kita mesti terus sama-sama berjuang. Jika duduk rumah itu juga adalah satu perjuangan maka patuhilah ia sebaik mungkin. Sama-sama kita doakan agar virus berbahaya ini diangkat terus dari muka bumi.

Baca juga: “Nak Berapa Ramai Lagi Rakyat Kita Mati” –  Diserang Anxiety, Azza Elite Rayu Kerajaan Buat Total Lockdown

Sumber: Shahrulezad

Written by: Danisyah Dalily


Previous post