Selamat merupakan Hari Bapa, harap masih tidak terlewat untuk ucapkan selamat Hari Bapa buat semua ayah-ayah yang hebat di luar sana. Tanpa ayah, tidak adalah anak-anak dapat membesar dengan penuh rasa kecukupan. Walaupun kasih ibu itu sering diberi perhatian, namun kasih ayah juga ada tempat istimewa dalam hati masing-masing.
Ramai yang membuat perkongsian ucapan Hari Bapa semalam di media sosial. Rata-rata menzahirkan rasa penghargaan buat bapa masing-masing. Ada pun yang membuat sambutan, ianya hanya sambutan ringkas. Namun, dalam meraikan hero dalam kehidupan masing-masing, tidak dilupakan juga sosok seorang ayah yang sudah tidak ada lagi dalam kehidupan. Itulah yang dikongsikan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang membuat ucapan penghargaan Hari Bapa buat Arwah suaminya, Ashraf Sinclair.
View this post on Instagram
Ucapan yang dititipkan oleh BCL tidak terlalu panjang, namun ianya cukup padat dengan segala rasa kasih terhadap Ashraf dari BCL dan juga anaknya, Noah.
“Terima kasih kerana telah mengajar Noah bagaimana untuk jadi seorang lelaki. Kamu akan selamanya jadi hero buat Noah,” tulis BCL.
Ucapan tersebut diiringi dengan video saat bahagia Ashraf bermain dengan Noah di kawasan pantai. Perkongsian tersebut mendapat lebih empat ribu komen dan rata-rata menyatakan rasa sedih dengan ucapan tersebut disamping mengenangkan pemergian Ashraf.

Walaupun dalam kesedihan, ramai juga yang terus mendoakan agar BCL dan Noah dalma terus menjalani kehidupan dengan penuh bahagia. Memori perlu diraikan untuk kita kenang kembali saat bahagia dalam kehidupan kita. Semoga Noah terus dapat membesar dengan baik di samping ibu serta keluarga yang tersayang.