Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Selamanya Hero Noah” – Ucapan Selamat Hari Bapa BCL Buat Arwah Ashraf Buat Netizen Turut Sebak

today21 June 2021

Background

Selamat merupakan Hari Bapa, harap masih tidak terlewat untuk ucapkan selamat Hari Bapa buat semua ayah-ayah yang hebat di luar sana. Tanpa ayah, tidak adalah anak-anak dapat membesar dengan penuh rasa kecukupan. Walaupun kasih ibu itu sering diberi perhatian, namun kasih ayah juga ada tempat istimewa dalam hati masing-masing.

Ramai yang membuat perkongsian ucapan Hari Bapa semalam di media sosial. Rata-rata menzahirkan rasa penghargaan buat bapa masing-masing. Ada pun yang membuat sambutan, ianya hanya sambutan ringkas. Namun, dalam meraikan hero dalam kehidupan masing-masing, tidak dilupakan juga sosok seorang ayah yang sudah tidak ada lagi dalam kehidupan. Itulah yang dikongsikan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) yang membuat ucapan penghargaan Hari Bapa buat Arwah suaminya, Ashraf Sinclair. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Baca juga: “Pandai Abang Pujuk Adik” – Membesar Tanpa ‘Man Firgure’, Netizen Puji Rita Rudaini Pandai Didik Anak

Ucapan yang dititipkan oleh BCL tidak terlalu panjang, namun ianya cukup padat dengan segala rasa kasih terhadap Ashraf dari BCL dan juga anaknya, Noah. 

“Terima kasih kerana telah mengajar Noah bagaimana untuk jadi seorang lelaki. Kamu akan selamanya jadi hero buat Noah,” tulis BCL.

Ucapan tersebut diiringi dengan video saat bahagia Ashraf bermain dengan Noah di kawasan pantai. Perkongsian tersebut mendapat lebih empat ribu komen dan rata-rata menyatakan rasa sedih dengan ucapan tersebut disamping mengenangkan pemergian Ashraf. 

Walaupun dalam kesedihan, ramai juga yang terus mendoakan agar BCL dan Noah dalma terus menjalani kehidupan dengan penuh bahagia. Memori perlu diraikan untuk kita kenang kembali saat bahagia dalam kehidupan kita. Semoga Noah terus dapat membesar dengan baik di samping ibu serta keluarga yang tersayang.

Baca juga: “Ambil Nyawa Itu Kerja Tuhan” – Kata Semangat Untuk Teruskan Hidup Dari Fimie Don Buat Netizen Rasa Sebak

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Terkini

Village Grocer buka cawangan baharu di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – The Food Purveyor (TFP) Retail Sdn. Bhd. menerokai perniagaan di kawasan utara Semenanjung dengan pembukaan cawangan ke-21 Village Grocer di negeri ini. Ketua Pegawai Eksekutif TFP, Geoff King berkata, lokasi terbaharu Village Grocer City Junction Mall itu terletak di Tanjung Tokong. “Pulau Pinang dipilih sebagai lokasi pertama di utara kerana lokasinya yang strategik, komuniti pengguna yang arif dan memiliki tenaga kerja mahir,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini. […]

today21 June 2021