Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Selamat Berjuang Pilot Darat” – Terkesan Dengan PKP 3.0, Ramai Daftarkan Diri Sebagai Rider FoodPanda

today1 June 2021

Background

Penularan COVID-19 di Malaysia sejak Mac 2020 lalu menyebabkan segelintir daripada kita kehilangan punca pendapatan. Peningkatan mendadak kes harian akibat wabak tersebut telah mengubah 360 darjah corak kehidupan penduduk dunia dan mencetuskan kebimbangan kepada majoriti rakyat Malaysia. Khusunya kepada mereka yang sedang menderita kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan akibat penularan COVID-19 ini. Malah menurut laporan Utusan Malaysia, hampir 100,000 orang telah kehilangan pekerjaan pada October tahun 2020 sahaja.

Pada pertengahan tahun 2021, negara kita sekali lagi mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh sejurus kes positif harian COVID-19 yang hampir mencecah 10 ribu. Hal ini telah mencetuskan kerisauan ramai pihak, malah baru-baru ini tular di media sosial TikTok yang menunjukkan segelintir masyarakat kita berpusu-pusu mendaftarkan diri sebagai runner di Pejabat FoodPanda Kuala Lumpur. Video yang tular itu menunjukkan betapa ramai orang dalam kalangan kita berusaha untuk mendapatkan mata pencarian demi kelangsungan hidup di saat negara dilanda pandemik.

@aliffpanda_y15ramaikan hari ni last day sebelum full total lockdown PKP brapa ramai yg join food panda #riderpandamalaysia #riderpandapkp3.0♬ Mabok Lagi – ?Insos pernakan Ai?

Baca juga: Abang FoodPanda Terima RM1000, Pelanggan Minta Doakan Dirinya Dapat Zuriat

Meninjau di ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang mendoakan agar rider-rider FoodPanda sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Hal ini sekaligus membuktikan bahawa orang Malaysia ini sebenarnya bukanlah memilih pekerjaan. Buktinya mereka sanggup mengharungi pekerjaan yang merisikokan diri demi kesenangan orang ramai. Meskipun begitu, terdapat juga dalam kalangan netizen yang meluahkan isi hati mereka dek kerana susah untuk mendapatkan pesanan kerana masa yang diberikan amat singkat iaitu diantara jam 8 pagi sehingga jam 8 malam sahaja kerana mengikut arahan perintah PKP.

Oleh itu, mereka terpaksa berebut sesama sendiri untuk mendapat kiriman pesanan daripada pelanggan. Apa-apa pun semoga segala urusan dipermudahkan buat semua rider-rider E-Hailing di Malaysia ini yang bertungkus-lumus mencari rezeki. Pandu kenderaan dan motor anda dalam keadaan berhati-hati dan sentiasa patuhi arahan lampu isyarat. Buat seluruh rakyat Malaysia, semoga kita semua berjaya untuk memerangi wabak ini untuk sekian kalinya. Ingat, duduk di rumah jika tiada urusan penting. #KitaJagaKita

Baca juga:[VIDEO] Selepas Belon Udara Panas, Shukri Yahaya ‘Mengusik’ Sharnaaz Ahmad Soal Nilai 3 Di Selangor

Penulis: Aqilah Paharuzi 

Sumber: TikTok , Utusan Malaysia 

Written by: Hamka Rosli