Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Selepas 14 Hari, Ain Edruce, Amirul Akhirnya Dedah Nama Dan Wajah Anak

today2 June 2021

Background

Ain Edruce dan Amirul selamat menimang cahaya mata pertama mereka pada 19 Mei tahun ini namun sebelum ini pasangan ini belum mendedahkan nama serta wajah anak mereka. Ain hanya mengumumkan jantina anak mereka yang dahulunya menjadi teka-teki buat semua termasuklah pasangan ini sendiri. Ain menimang anak perempuan yang sihat dengan berat 2.79 kilogram.

Baca juga: “Bila Nak Keluar Ni..” – Ain Edruce Teruja Nak Jumpa Baby Tapi Dia Masih “Relax” Dalam Perut

Baru-baru ini, Ain dan Amirul memuatnaik satu video di saluran Youtube mereka. Kata Ain, sudah lama mereka tidak menghasilkan video sendiri kerana Ain baru sahaja bersalin dan mereka masih dalam proses menyesuaikan diri. Di dalam video tersebut juga Ain ada menjawab soalan-soalan lain yang ditanya oleh netizen seperti pengalamannya semasa bersalin dan apa yang dilakukan oleh Amirul ketika waktu itu.

 

Tidak ketinggalan, sewaktu Ain meneliti soalan-soalan yang dikirim, soalan mengenai nama dan wajah anaknya dikemukan. Ain dan Amirul berbincang terus adakah mereka akan mendedahkannya. Tidak lama kemudian, mereka mengumumkan nama anak mereka iaitu Soraya Binti Muhammad Amirul Hafiz. Selang beberapa waktu kemudian, Ain mendukung anaknya dan menunjukkan wajah anak kecil itu di dalam video.

 

Soraya bermaksud cantik, itulah pilihan nama yang dipilih oleh pasangan ini. Mereka mendedahkan, tiada siapa pernah melihat wajah anak mereka termasuklah rakan rapat dan saudara-mara. Alasan mereka mendedahkannya di dalam video itu adalah kerana mereka merasakan sudah tiba waktunya untuk berbuat demikian. Tambahan pula, umur anak mereka sudah mencecah dua minggu jadi keputusan tersebut dipersetujui secara langsung oleh pasangan ini.

Berikutan perkara ini, persoalan yang timbul dari netizen yang ingin tahu bagaimana Ain boleh bersikap tenang semasa melahirkan, Ain menjawab bahawa dia menggunakan epidural untuk membantu melancarkan proses kelahiran. Ain juga menyarankan kepada sesiapa yang bakal melahirkan anak untuk turut menggunakan epidural sebagai bantuan dan sokongan.

Comel betul Soraya ni! Tak sabar pula nak tengok Soraya membesar pasti banyak teletah seperti ibunya. Apa pun, kita doakan agar proses berpantang ain dipermudahkan dan segalanya berjalan lancar buat pasangan ini.

Baca juga: “Lajunya Jalan, Beranak Ke Tak Tu..” –  Gelagat Ain Edruce Yang Masih Aktif Selepas Bersalin Curi Tumpuan

Sumber: Youtube Ain Edruce

Written by: Danisyah Dalily


Previous post