Mungkin masih segar dalam ingatan semua peminat muzik tanah air dengan persembahan para finalis semasa Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL 35) baru-baru ini. Walaupun kesemua penyanyi memberi persembahan yang terbaik, persembahan Nabila Razali menjadi tumpuan dek kerana ‘terkucil’ semasa menyampaikan lagu Peluang Kedua. Bagaimanapun, Nabila menyatakan dia sudah cuba yang terbaik sewaktu persembahan dan ramai juga yang berikan sokongan kepadanya selepas persembahan.
View this post on Instagram
Selepas melalui minggu yang agak mengecewakan, Nabila kembali bangkit apabila muncul semula membuat persembahan secara langsung semalam. Menerusi perkongsian di Instagram milik Uyaina Arshad, Nabila dilihat menyampaikan kembali lagu Peluang Kedua dengan sempurna.
“Peluang Kedua, dia telah membuktikan dirinya mampu. Semoga terus berjaya, Bella. Pedulikan kata-kata orang dan teruskan berkarya,” tulis Uyaina dalam di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, wargamaya lain turut memuji persembahan tersebut dan menyatakan Nabila mampu bernyanyi dengan baik. Ada juga yang mengandaikan sewaktu AJL 35 mungkin Nabila terlalu gemuruh sehingga tidak dapat menyampaikan lagu tersebut dengan sempurna. Namun, menerusi video yang dikongsikan itu, ternyata Nabila mula bangkit dengan memberikan persembahan yang bagus. Memang sedap suaranya menyampaikan lagu Peluang Kedua.
Baca juga artikel menarik lain:
Banyak Yang Jiwa Kacau Di Media Sosial?
“Belum Boleh Move On” – Akibat Terlalu Rindu, Lelaki Ini Bertindak Gali Kubur Arwah Isterinya
Sumber daripada: Instagram