Tentu seronok sebagai seorang ibu untuk menanti saat melahirkan anak. Tidak kira anak pertama atau kedua dan seterusnya, ia akan menjadi memori yang akan diingati sepanjang hayat. Bagi sesetengah orang, tentu ingin berkongsi tentang jantina anak yang bakal dilahirkan. Ada juga yang memilih untuk membuat ‘kejutan’ tentang jantina anak sehingga selepas kelahiran bayi.
Itulah apa yang ingin dilakukan oleh pelakon, Nad Zainal, 31 tahun, bagi kelahiran anak keduanya itu. Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin membuat kenyataan tersebut menerusi laman Instagramnya dengan menyatakan dia tidak akan jawab sekiranya ada yang bertanya tentang jantina anak keduanya itu.
View this post on Instagram
“Tiap kali orang tanya anak apa, kali ini saya tak nak jawab,” tulis Nad yang mahu ia menjadi kejutan semasa hari kelahiran nanti.
Bagaimanapun, Nad menyambung kapsyen itu dengan memberitahu bahawa anak pertamanya tidak boleh simpan rahsia. Katanya, anak lelakinya yang dipanggil Yem Boy itu menyebut kuat-kuat di kawasan awam tentang jantina bakal adiknya itu. Tambahnya lagi, Yem Boy siap sebut nama penuh. Memang tak sabar nampaknya untuk menyambut kelahiran adiknya.

Sementara itu, Nad juga berseloroh dengan mengatakan mujur anak lelakinya tidak pandai menggunakan telefon. Kalau tidak habis wartawan akan hubungi dan bertanyakan tentang jantina dan nama penuh adiknya itu. Dalam pada tu, rakan artis juga turut terhibur dengan perkongsian Nad tentang insiden yang berlaku bersama anak lelakinya itu semalam.

Meninjau di ruangan komen, wargamaya yang lain turut meneka jantina bayi yang bakal dilahirkan Nad. Tapi apa-apa pun, kita tetap menghormati niat Nad Zainal untuk merahsiakan jantina bayi dan sama-sama doakan agar proses melahirkan berjalan lancar dan selamat.
Baca juga artikel menarik lain:
Cari Bomoh Untuk Lakukan Upacara ‘Pindah Janin’ Akhirnya Dirogol Sebanyak 3 Kali
Sumber daripada: Instagram