Kool FM

“Siapa Yang Penat Sangat Workout Ni?” – Video Fasha Sandha Bersenam Dengan Baby Buat Netizen Terhibur

Waktu total lockdown ni memang kita akan berada di rumah dari pagi sampailah ke malam. Badan memang tak bergerak sangat dan mungkin paling jauh kita berjalan pun dari bilik tidur ke dapur. Mencari makananlah katakan. Memang kekerapan makan tu akan bertambah bila kena berkurung di rumah ni

Tapi itu bukan alasan untuk kita tak lakukan senaman di rumah. Sedangkan ibu yang ada anak yang masih kecil pun boleh lakukan senaman di rumah. Itulah apa yang dikongsikan Fasha Sandha dalam hantaran terbaharunya di Instagram. Dia dilihat dapat melakukan workout bersama dengan anaknya yang baru berusia 9 bulan lebih. 

Baca juga: “Are You Ok JAKIM?” – JAKIM Tiba-Tiba Jadi Trending Di Twitter, Netizen Persoalkan Penggunaan Hadis Dhaif

“Waktu lockdown ni banyak makan. Kena buat kardio ringan-ringan. Ada baby bukan jadi masalah untuk bersenam sama-sama, yang penting jaga keselamatan dan duduk di rumah,” ujar Fasha di ruangan kapsyen.

Tidak ada alasan untuk tak lakukan senaman yang ringan-ringan kata Fasha. Dalam pada itu, aksi dia bersenam sambil mendukung anaknya itu juga mencuri perhatian wargamaya. Anak Fasha, Aisha Amaira dilihat tenang menemani ibunya sehingga terlelap dibuatnya. Ramai juga yang perasan Aisha terlena semasa bersenam bersama ibunya.

Tak tahulah siapa yang paling penat bersenam ni. Bagaimanapun, semua memuji anak Fasha yang baik dan tidak merengek semasa menemani bersenam. Kalau macam tu, kita pun kena ikut jejak langkah Fasha untuk kembali bersenam di rumah sepanjang tempoh total lockdown ini. 

Baca juga: “Comel Dan Lawanya” – Kongsi Gambar Santai Bercuti Tanpa Pelitup Muka, Ramai Puji Kecantikan Dr Amalina

Exit mobile version