Sudah menjadi satu norma bagi peniaga atas talian memberi barang jualan mereka secara percuma kepada individu berpengaruh di media sosial atau barisan selebriti untuk membuat pengiklanan.
Malah, ada yang diberi ganjaran dalam bentuk wang serta produk secara percuma untuk membuat iklan di media sosial bagi melariskan produk mereka.
Apa yang menarik perhatian kami apabila pelakon jelita, Uqasha Senrose menolak tawaran tersebut dan ingin membeli menggunakan duitnya sendiri.
Seperti biasa, ramai membanjiri ruangan komen ciapan tersebut dengan memuji sikap Uqasha kerana memberi sokongan pada peniaga tempatan.
Macam ni la baru betul artist support local business. Bukan macam instafemes hauk baru 10k followers buat e-mengemis nak barang free je. https://t.co/z0SQ33dLzz
— Halimah Williams (Paramore) (@mabitxch) January 28, 2021
Semoga kebaikan Uqasha ni Allah balas dengan perkara yang lebih baik!
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tip Peguam Kalau Dilanggar Dari Belakang
Sumber: twitter