Rasanya ramai je yang mengenali sosok ini, yang banyak menimbulkan kontroversi dek kerana kenyataannya yang kurang diterima ramai. Suhaimi Saad, juga merupakan bekas penyanyi nasyid kumpulan In-Team, sekali lagi menjadi perhatian wargamaya apabila memuat naik kenyataan seperti memarahi pelakon dan pengacara Catriona Ross.
Terdahulu, Catriona Ross atau lebih mesra dipanggil Kak Kek memuat naik satu video di Instagramnya. Dalam video tersebut, Kak Kek jelas memarahi rakyat Malaysia yang dilihat masih degil kerana tidak patuh dengan arahan kerajaan. Kata Kak Kek, rakyat sibuk salahkan kerajaan sebab kes COVID-19 dalam negara makin meningkat, namun bagi Kak Kek rakyat juga gagal dalam mengekang penularan dalam komuniti sehingga wujud kluster berkaitan Aidilfitri.
View this post on Instagram
Baca juga: “Tiada Niat Langsung Persendakan Budaya Sarawak” – Zynakal Tampil Mohon Maaf
Walaupun ramai yang bersetuju dengan suara Kak Kek itu, namun ada juga segelintir yang tidak bersetuju. Antara yang tidak bersetuju adalah Suhami Saad sehingga dia dilihat mengeluarkan kenyataan seperti memarahi semula Kak Kek.
“Sedap dan nampak puas, klimaks sangat bila kau dapat kata rakyat ni ‘se tu pid’ dan b**gai eh. Jangan megah sangatlah dapat buat macam tu kak,” tulis Suhaimi.
Apa yang jelas, Suhaimi merasakan tindakan Kak Kek yang melemparkan kata-kata yang kasar terhadap rakyat itu adalah tidak patut. Menurutnya, kita perlu faham yang masalah dan keperluan orang ni tak sama.

Tidak lama kemudian Kak Kek pun menerjah ke ruangan komen hantaran di Instagram Suahimi itu dan memberikan komennya. Kata Kak Kek, dia hanya menyalahkan rakyat yang ingkar pada arahan dan bukan kepada semua rakyat. Bagaimanapun, Suhaimi dilihat seperti tidak boleh menerima kata-kata Kak Kek dan terus menyerang Kak Kek di ruangan komen. Sudahnya, Kak Kek menyatakan kalau tidak salah kita tidak akan melenting dengan video yang Kak Kek muat naik itu.
Baca juga: “Ingatkan Hang Tuah Tadi” – Kongsi Foto Tunggang Kuda, Ramai Tunjuk Bakat Balas Pantun Faizal Tahir
Sumber daripada: Instagram