Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Tangani Pandemik Ganas, Wargamaya Setuju Jika Kerajaan Pertimbangkan 9 Cadangan Dari Seorang Doktor

today21 May 2021

Background

Semakin hari kita dapat melihat angka kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat malah kadar kematian disebabkan virus membawa maut ini juga turut meningkat. Dapat kita lihat sejak semalam bahawa angka kes hampir mencecah 7 ribu orang dan ianya sangatlah membimbangkan. Sejak akhir-akhir ini tular berita bahawa hospital awam sudah kekurangan katil untuk menempatkan pesakit yang berjangkit malah mayat-mayat pesakit yang meninggal kerana Covid-19 terpaksa disimpan di dalam kontena kerana sudah tiada ruang.

Baca juga: “Minta Maaf Kepada Keluarga Saya, Suami Dan Anak-Anak. Doakan Kami Semua” – Puteri Sarah Positif Covid-19

Perkara ini menjadi bualan ramai tetapi tidak ramai yang tampil memberikan cadangan yang bernas dalam menyelesaikan isu yang ada. Baru-baru ini, seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Hannan Yusof melalui akaun Instagram peribadinya ada berkongsikan 9 cadangan untuk dipertimbangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Hannan Yusof (@dr_hannanyusof)

Dr Hannan percaya bahawa rakyat perlu divaksinasi dan proses ini perlu dilakukan dengan segera memandangkan kes semakin hari semakin teruk. Menurutnya, memandangkan kita sudahpun tahu virus ini memang berada di dalam komuniti, tidak perlulah kita berpusing di sekeliling masalah dengan kerap kali membuat saringan tetapi sebetulnya terus sahaja pergi kepada penyelesaian iaitu dengan membawa masuk lebih banyak vaksin ke dalam negara dan memberinya kepada rakyat.

Kata Dr Hannan kita mempunyai 8 jenis vaksin di seluruh dunia yang diluluskan oleh WHO dan setakat ini Malaysia baru membawa masuk 3 jenis vaksin. Ada 5 jenis vaksin lagi boleh dibeli. Dr Hannan turut mencadangkan supaya pihak hospital atau klinik swasta diberi kebenaran untuk membeli vaksin-vaksin lain yang berada di pasaran.

Ada pelbagai cadangan yang dilontarkan oleh Dr Hannan tentang bagaimana untuk mendapatkan lebih banyak kos bagi membeli vaksin. Antaranya adalah dengan menghentikan proses saringan yang menggunakan perbelanjaan lebih kurang sama dengan proses vaksinasi sebaiknya terus sahaja kepada tindakan penuh vaksinasi rakyat serta meminta supaya syarikat insurans, kilang-kilang malah hotel untuk membiayai sendiri kos vaksinasi.

Jelas melalui cadangan yang diberikan bahawa semuanya menunjukkan betapa pentingnya vaksin ini diambil oleh rakyat. Mungkin vaksin bukanlah “ubat” yang boleh terus menyihatkan pesakit namun ia dapat membasmi penyebaran wabak ini.

Menerusi ruangan komen, rata-rata wargamaya bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh Dr Hannan ini dan meminta supaya kerajaan mempertimbangkannya. Mereka percaya bahawa ada sahaja rakyat yang mampu dan sanggup melabur untuk mendapatkan vaksin ini walaupun harganya sedikit mahal.

Mungkin ada betulnya apa yang dikatakan Dr Hannan ini berdasarkan kajian dan pemerhatiannya. Rakyat pun rata-rata sudah bersedia untuk mendapatkan vaksinasi. Apa pun kita berdoa agar negara kita dilindungi dan semoga pihak pemimpin kita mendapat solusi dalam menangani virus yang semakin mengganas ini.

Baca juga: “Tak Mati Pun Kuarantin Sekejap” –  Wujud Golongan Silent Carrier, Netizen Salahkan Audio Tersebar Di WhatsApp

Sumber: Dr Hannan Yusof

Written by: Danisyah Dalily


Previous post