
Penyanyi rap terkenal, Altimet memaklumkan dia dan seorang rakannya akan meronda sekitar kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak bagi tujuan menghulurkan bantuan barangan dapur buat mereka yang mengibarkan bendera putih hari ini.
“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau di pintu depan rumah, untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan muat naik. Kamu jiran-jiran kami, celakalah kalau tak tolong jiran sendiri,”
Di Instagram, Altimet memberitahu akan membuat rondaan bersama rakannya pada pukul 2 hingga 6 petang ini bagi mencari individu yang memerlukan bantuan. Tambah Altimet, mereka akan meninggalkan kesemua barangan keperluan tersebut di hadapan rumah golongan yang memerlukan. Mereka juga akan terus beredar dari kawasan tersebut sebaik sahaja misi menghulurkan bantuan itu selesai.
Untuk bacaan selanjutnya, klik saja disini.