Nama Nonny Nadirah semakin hangat menjadi sebut warganet sejak malam tadi apabila Nonny memuat naik satu perkongsian gambar yang menampilkan sosok seorang wanita berpakaian seksi tanpa memperlihatkan wajahnya. Gambarnya yang seblum ini sudah dipadamkan dan ruangan komen telah ditutup oleh Nonny. Pada mulanya ramai menjangkakan akaun Instagram pelakon tersebut telah digodam kerana Nonny merupakan antara selebriti yang sudah berhijab.
Situasi ini juga telah menjadi tanda tanya buat sahabatnya yang merupakan seorang selebriti, Mila Jirin. Difahamkan Mila dan Nonny merupakan kawan baik di luar industri dan ia membuatkan Mila meluahkan rasa sedih mendengar ujian yang diterima pelakon itu di Instagram miliknya.

Mila menceritakan dia terus menelefon sahabatnya itu setelah panik melihat perkongsian Monny di Instagram Nonny. Tambah Mila, dia menerima berita ini dari suaminya dan terkejut serta tidak percaya dengan apa yang dilihatnya itu. Selepas Mila menelefon sendiri Nonny, dia mendapat khabar yang sangat mendukcitakan. Oleh itu, dia berharap sangat supaya sahabatnya itu membuat pertimbangan semula dengan keputusannya itu.
Terkini perkongsian baru Mila menyatakan semalam Nonny telah meminta Mila untuk doakannya dan menurut Mila hari ini ramai sangat yang memberikan komen yang baik dan mendoakan semuanya dipermudahkan malah ada yang memberi pesanan mesej di Instagram meminta Mila menarik kembali Nonny kembali ke jalan yang benar.
Setakat ini, Nonny Nadirah belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hal tersebut. Namun begitu, gambar-gambar sebelum ini telah tiada di akaun Instagramnya dan hanya tinggal gambar seorang wanita seksi tanpa menampakkan wajah di laman sosial miliknya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Pakai Tudung Tapi Bersentuh, Lain Macam!” – Fiza Halim Tak Jaga Batas Dengan Saiful Apek
Kongsi Video Tutorial Pakai Tudung, Fathia Latiff Dipuji Netizen
Sumber: Mila Jirin