Kool FM

“Stop DM Akak Suruh Review Produk Tu” – Noorkhiriah Tegas Tidak Mahu Promosi Produk Kecantikan Dewasa

Menjadi seseorang yang bergelar artis ini bukan mudah, lagi-lagi pada zaman sekarang ini di mana masing-masing lebih dekat dengan peminat menerusi media sosial. Apa sahaja yang dilakukan atau yang dikongsi di media sosial pasti akan menjadi perhatian para peminat. Jadi sebarang posting itu haruslah dilakukan dengan berhati-hati, agar imej diri tidak tercalar. Selain itu, golongan artis juga antara yang kerap didekati oleh para peniaga untuk mempromosikan produk-produk mereka di media sosial. 

Bagaimanapun, tidak semua artis bersetuju untuk mempromosikan produk-produk yang diberikan, walaupun bayarannya lumayan. Itulah apa yang dilakukan oleh pelakon berkaliber Noorkhiriah Shapie apabila tampil menegaskan dia tidak akan mempromosikan produk kecantikan membesarkan payudara. 

Baca juga: “Pakai Otak Bukan Pakai Benda Ni” – Jawapan Aaisyah Jawab Soalan Matematik Buat Che Ta Rasa Nak ‘Koyak’ Mulut

Di Instagram miliknya, Noorkhiriah meluahkan rasa bosan dan bengang apabila sering didedak untuk melakukan promosi produk sedemikian. Dia turut menyelar peniaga terbabit agar cukup-cukuplah dan berhenti berbuat demikian. Itu tegasnya, kerana bagi Noorkhiriah dia masih dengan pendirian untuk tidak melakukan ulasan produk yang mempamerkan aset wanita sebagai pelaris. 

“Awak semua tak ada perasaan ke suruh akak review produk macam tu. Walaupun dalam ekonomi yang tidak berapa best sekarang ni, pendirian akak tetap tak nak review produk membesar, menegang dan peluk-peluk segala tu,” tulisnya.

Dalam hantaran itu juga, Noorkhiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie turut bergruau dengan mengatakan akan hantar van jenazah dan kutip semua produk berkenaan jika pemiliknya masih berdegil mahu Noorkhiriah mempromosikan produk sedemikian.

“Kalau tak ada rasa malu dekat diri sendiri, malulah dekat Allah. Maaf andai terasa tetapi ini adalah pendirian akak,” katanya lagi.

Sementara itu, pengguna media sosial yang lain menyokong tindakan Noorkhiriah untuk bersuara dan memuji pendiriannya. Itulah yang sepatutnya, dan memang Noorkhiriah berhak untuk tidak menggunakan akaun media sosialnya untuk mempromosikan produk yang dirasakan tidak sesuai.

Baca juga: Pelajar Masuk Kelas Online Semasa Sedang Kerja Sebagai Rider Penghantar Makanan, Netizen Beri Kata Semangat!

Sumber berita: Kosmo

Exit mobile version