Dalam dunia tanpa sempadan sekarang, ditambah pula dengan akses tanpa had kepada semua pengguna media sosial, memang ramai yang berebut-rebut untuk menyuarakan pendapat masing-masing. Tidak kiralah apa isu sekalipun, dalam negara mahupun luar negara, semua ingin pandangan mereka didengari. Tapi ada masanya pendapat yang dilontarkan kita itu ibarat telur separuh masak kerana kurangnya maklumat dalam diri untuk memberi pandangan.
Dalam video ini, doktor pakar mata ini menyuruh semua orang yang ada anxiety supaya “berhenti makan ubat dan jangan ikut cakap doktor.”
Kemudian dia promosi positiviti toksik pula.
Kita semua kena tahu limitasi kepakaran kita.
Janganlah pukul rata & jadi “pakar semua bidang.” https://t.co/c8MaJHfbJU pic.twitter.com/EGpR1iYSUc
— Akif Basri (@akif_basri) January 20, 2021
Terbaharu, seorang doktor pakar mata yang agak terkenal berkongsi pendapat beliau mengenai masalah kesihatan mental, khusus kepada masalah anxiety. Menurut beliau, masalah anxiety dapat diselesaikan sekiranya seseorang itu sentiasa berkata-kata positif pada diri sendiri. Beliau percaya masalah anxiety ini adalah disebabkan seseorang itu kerap memberitahu bahawa dirinya mempunyai anxiety atau kegelisahan.
Selain itu, beliau turut meminta mereka yang mempunyai masalah anxiety untuk berhenti ambil ubat yang diberikan dan tidak perlu dengar kata doktor pakar kesihatan mental lagi. Disebabkan pendapat yang dikeluarkan oleh doktor pakar mata itu, rata-rata warganet tidak bersetuju dengannya.
Ia juga menyalahi etika sebagai seorang pengamal perubatan.
Dan lebih teruk lagi, ia membawa stigma terhadap pesakit anxiety, seolah-olah mereka yang mengambik ubat itu tidak positif, tidak kuat, tidak percaya tuhan dan seangkatan dengannya.
— Dr Rozanizam Zakaria (@DrRozanizam) January 20, 2021
Menurut seorang pengguna Twitter @DrRozanizam, kenyataan yang dikeluarkan oleh doktor tersebut telah menyalahi etika seorang pengamal perubatan. Menurutnya, adalah tidak wajar untuk memberi nasihat atau komen rawatan pesakit yang tidak berkait dengan bidang.

Sementara itu, walaupun ramai yang menyatakan mereka menghormati dan mengagumi doktor pakar mata tersebut, namun untuk kali ini terpaksa tidak bersetuju dengan pandangan beliau. Mungkin ada benarnya untuk kita berhati-hati memberikan pandangan dalam bidang yang bukan kemahiran kita.
Baca juga artikel menarik lain:
“Artis Jual Kek? Dah Tak Ada Job Lah Tu!” – Lufya Tak Segan Berniaga, Janji Rezeki Halal
“Ngilu Dan Pedih Setiap Kali Duduk” – Pengorbanan Ibu Muda Ini Siapkan Thesis Dalam Pantang