Adalah perkara yang tidak asing lagi apabila melihat Ustaz Ebit Lew (UEL) berkunjung ke kawasan atau rumah mereka yang dalam kesempitan lalu menghulurkan bantuan. Terbaharu, melalui perkongsian di Instagram UEL, melihat beliau membantu seorang wanita di Ipoh yang dikatakan hidup dalam kesusahan setelah suaminya ditahan oleh pihak polis.
“Ibunya baru bersalin dan baby berusia 9 hari, tiada stokin, tiada baju sempurna, tiada kain bedung, dan rumah serba kekurangan,” tulis UEL dalam perkongsian tersebut.
Sayu hati melihat, ujar UEL. Menurutnya lagi, rumah yang didiami oleh wanita tersebut bersama tiga orang anaknya sudah dua bulan tidak berbayar. Rumah pula cuma ada satu kipas kecil je yang mana bilahnya pun sudah patah. Sementara itu, si suami kini sedang berada di dalam penjara selepas ditahan pihak polis dari bulan 10 lalu. Dengan segala dugaan ini, wanita tersebut dikatakan sangat tertekan dan sering menangis.
View this post on Instagram
Atas dasar keprihatinan, UEL menghulurkan sumbangan berupa keperluan bayi dan juga buat anak-anak lain yang masih kecil. Dalam pada itu, sempat juga UEL azankan dan iqamah bayi yang masih kecil itu atas permintaan ibunya. Selain keperluan untuk anak-anak, UEL turut menghadiahkan mesin basuh dan kipas baharu serta sedikit duit belanja buat keluarga itu. Tambahnya lagi, sewa rumah bulan-bulan juga akan ditanggung oleh beliau.
Menjengah ke ruangan komen pula, semua memberikan kata-kata yang positif buat UEL dengan ucapan terima kasih kerana membantu keluarga tersebut. Ramai juga yang sayu melihat keadaan keluarga itu yang serba kekurangan. Apa-apa pun, kita doakan agar urusan UEL dipermudahkan dan lebih ramai lagi golongan yang susah dapat dibantunya.
Baca juga artikel menarik lain:
“Wah Macam Muka Daddy” – Ramai Geram Kecomelan Fatima, Wajah Dikatakan Ada Iras Fattah Amin
Sumber daripada: Instagram