Terdahulu, Suhaimi Saad (SS) memilih jalan untuk meletak jawatan sebagai penyanyi nasyid untuk dirinya sendiri. Selain itu, SS juga meminta orang ramai terutama pengikut media sosialnya untuk tidak menggelar dirinya sebagai seorang Ustaz. Ekoran daripada kenyataan ini, ramai yang sangka SS sudah meninggalkan dunia nyanyian. Bagaimanapun, kenyataan tersebut hanya merujuk kepada di sebagai penyanyi lagu nasyid dari kumpulan In-Team sahaja.
Menerusi perkongsian video di Instagram miliknya, dapat dilihat SS kembali menyumbangkan suaranya kepada para pengikutnya di situ. Bagaimanapun, berbeza dengan genre muzik yang sering dia dendangkan dahulu, video tersebut memaparkan SS menyanyikan lagu genre Rock. Memang lain daripada lain!
View this post on Instagram
Baca juga: “Haters, Sila Berambus..” – Suhaimi Saad Berhenti Jadi Penyanyi Dan Minta Jangan Dipanggil Ustaz
Dalam pada itu, para pengikutnya di Instagram memuji suara mantap SS yang masih padu. Ada yang menyatakan juga sewaktu bersama kumpulan nasyid In-Team, suara SS lah yang paling sedap. Memang rata-rata akui SS juga boleh dendangkan lagu dalam genre yang berbeza.

Sementara itu, terdapat segelintir yang mencadangkan agar SS dimasukkan ke dalam salah satu program nyanyian. Nampaknya masih berbisa SS dan masih punya peminatnya tersendiri. Walaupun sebelum ini sering dihimpit kontroversi dek kerana pendiriannya terhadap sesuatu perkara, namun bila masuk bab nyanyian tidak boleh dinafikan SS memang boleh bernyanyi dengan baik.