Kool FM

“Suka Tengok Pakai Macam Ni, Nampak 20an!” – Netizen Teruja Style Bersahaja Tokti

Siapa tak kenal dengan figura terkenal selebriti tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Lebih-lebih lagi apabila dirinya kini sedang berbadan dua, lagilah menjadi perhatian ramai untuk menunggu anak kelahiran anak keduanya.

Kandungannya sudah mencecah hampir 8 bulan dan apa yang menjadi bualan ramai apabila pakaian Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti sewaktu majlis ulangtahun hari jadi puteri sulungnya, Aafiyah yang ketiga bertemakan kartun Disney, Moana.

No photo description available.

Pakaiannya sangat bersahaja namun, wajah Tokti berseri-seri tanpa solekan tebal. Lihatlah antara gambar yang dikongsikan oleh Tokti menerusi laman akaun Instagram miliknya. Simple dan cantik!

Dalam pada masa yang sama, ramai pengikut Tokti membanjiri ruangan komen pada posting tersebut memuji kecantikkan yang dimiliki pelantun lagu Bidadari Syurgamu.

Malah, ada juga yang mengatakan tudung yang digayakan Tokti membuatkan dirinya kelihatan lebih muda seperti usia 20-an.

Apalah rahsia kejelitaan Tokti ye sampai dah ada anak dua pun kulit muka gebu dan nampak berseri-seri!

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hari Mulia Israk Mikraj Merupakan Ulang 15 Tahun Perkahwinan Tokti

“Sedih.. tengok TokTi menangis..” – DS Siti Nurhaliza Kongsi Kisah IVF Sempena Hari Lahirnya

 

 

 

 

Sumber: instagram

Exit mobile version