Baru-baru ini media sosial digegarkan dengan tindakan pelakon kacak, Remy Ishak membuat kejutan hari lahir untuk bekas tunangnya, Ezza Yusof. Semalam tular pula kisah bekas tunangnya itu membuat kejutan balas khas buat Remy. Kisah ini mula tular apabila Ezza di Instagramnya berkongsi sebuah video yang disertakan kapsyen memaklumkan bahawa sangat sukar untuk membuat kejutan untuk seorang yang bernama Remy Ishak.
Menerusi perkongsian video tersebut, dapat dilihat Ezza membawa kek masuk ke dalam sebuah majlis perkahwinan sahabat mereka sambil diiringi nyanyian daripada rakan-rakan yang hadir. Masing-masing begitu teruja kerana Remy mengakui sendiri bahawa dia begitu terkejut kerana beliau sendiri jarang meraikan hari lahir.
Baca artikel berkaitan: Buat Kejutan Anjur Majlis Hari Jadi Bekas Tunang, Peminat Doakan Hubungan Remy Ishak Kembali Berpaut

Di ruangan komen perkongsian tersebut kemudiannya dibanjiri dengan doa-doa dari pengikutnya agar jodoh Remy dan bekas tunangnya kembali bertaut selepas terlihat kerap bersama kebelakangan ini. Sementara itu, rata-rata warganet turut sama mengucapkan selamat hari lahir buat Remy dan ada juga yang sempat
Sebagai rekod, Remy Ishak pernah bertunang dengan Ezza Yusof yang juga seorang usahawan pada Mei 2017 sebelum masing-masing memilih untuk memutuskan pertunangan pada Mac 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka kini dilihat semakin baik dan sejak kebelakangan ini kerap dilihat bersama. Apapun, kita tunggu nasi minyak Remy Ishak pula ya!
Baca juga: “Jangan Belakangkan Mak Ayah Dan Bersikap Kurang Ajar” – Ibu Chef Wan Sedih Berita Pernikahan Serina
Sumber: Instagram Ezza Yusof