Pelakon Sweet Qismina merupakan seorang artis yang tidak takut untuk menyuarakan pendapatnya. Malah, sebelum ini namanya kian kali dipetik kerana kenyataan yang dibuat. Namun, itu tidak menjatuhkannya malah Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina masih menggunakan platformnya sebagai artis untuk menyebarkan maklumat dan suaranya sebagai soerang rakyat.
Terkini, Sweet merupakan antara artis yang konsisten dan banyak berkongsikan perihal Palestine di laman sosialnya terutama di Instagram. Setiap hari pasti ada sahaja yang dikongsikan, bukan satu atau dua tetapi beberapa jenis posting seperti video, tangkap layar daripada Twitter, perkongsian dari pihak atau rakan lain yang dikongsikan semula serta kata-kata yang lahir dari dirinya sendiri.
Hari ini, Sweet mendedahkan bahawa dia kehilangan pengikut atau ‘follower‘ di Instagram sejak hari pertama dia membuat perkongsian tentang Palestine. Tambahnya, dia tahu hal ini memberi impak yang buruk kepada kariernya kerana sebagai seorang artis jumlah pengikut di media sosial amat penting namun, Sweet dengan tegas berkata bahawa dia tidak akan berhenti dari berkongsikan berita tentang Palestine di laman sosialnya.

“Rezeki Allah bagi dan saya percaya kepada-Nya”, itulah yang diungkapkan Sweet di Instagram story miliknya.
Sweet juga ada berkongsikan video tentang cara-cara untuk melindungi laman sosial dengan menggunakan “two-factor authentication”. Hal ini kerana, sejak semalam kecoh apabila Israel dikatakan menyerang mereka yang menyokong Palestine dengan menggodam media sosial mereka. Oleh itu, Sweet menyarankan agar pengikutnya menggunakan cara tersebut bagi melindungi akaun mereka. Rata-rata memberikan komen yang positif di ruangan balas posting tersebut termasuklah anak-anak muda yang masih berada di bangku sekolah yang menjadikan Sweet sebagai idola.
View this post on Instagram
Kita doakan agar Sweet dapat terus menggunakan media sosial miliknya untuk tujuan kebaikan. Kami juga doakan agar urusan Sweet dipermudahkan dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Baca juga: “Kita Guna Bahasa Sam4r Sam4r..” Heliza Helmi Guna Bahasa “F” Untuk Elak Perkongsian Disekat
Sumber: Sweet Qismina