Angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berkongsi rasa kesyukurannya apabila mengetahui seorang pemuda Palestine yang dijumpainya pada tahun 2014, masih hidup sehingga kini. Pemuda yang bernama Ashaq itu dilihat dipeluk oleh Dr. Sheikh Muszaphar menunjukkan betapa erat perkenalan mereka semasa kunjungan Dr. Sheikh Muszaphar kesana.
Baca juga: Sweet Qismina Akui Hilang Follower Di Instagram Sejak Berkongsi Tentang Palestine
Bukan hanya Dr. Sheikh Muszapahar, namun ada selebriti yang turut mengenali pemuda ini. Mereka mendakwa bahawa pemuda ini sering membantu jemaah dari Malaysia yang menghantar bantuan ke Palestine dan dari situlah pemuda ini dikenali oleh mereka di tanah air.
Melalui ruangan balas posting ini, dapat dilihat beberapa artis meninggalkan komen dan bercerita sedikit tentang pengalaman mereka bertemu Ashaq. Datuk Siti Nurhaliza dan Dr. Halina Mohd Yunos adalah antara yang mengenali pemuda ini.
Menerusi komen Datuk Siti Nurhaliza, dia berkata bahawa pemuda bernama Ashaq ini banyak membantu rombongan beliau sewaktu di Palestine. Manakala isteri kepada Dr. Sheikh Muszaphar iaitu Dr. Halina berkata bahawa pemuda yang dijumpainya dulu mempunyai paras rupa yang comel sewaktu dia kecil.

Siapa sangka mungkin pemuda bernama Ashaq ini bakal menjadi pembela dan pejuang di Palestine. Itulah doa dan harapan netizen serta selebriti yang melihat perkongsian Dr. Sheikh Muszaphar. Mereka kagum akan semangat juang rakyat Palestine disana dan kiriman doa yang tidak putus akan terus disalurkan. Semoga rakyat Palestine terus dipelihara dan kemenangan berpihak kepada umat Islam.
Baca juga: Jovian Mandagie Raih Lebih RM200k Hasil Jualan Topeng Muka Derma Ke Palestine
Sumber: Dr Sheikh Muszaphar